MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Saturday, December 15, 2018

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN | Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Apa kata patik cadangkan korang untuk datang ke Tapak Ekspo Bandar Dato Onn kerana Johor Land Berhad (JLand) menganjurkan Festival JLand 2018 @Bandar Dato Onn bermula14 hingga 16 Disember 2018.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Untuk pengetahuan korang Festival yang bertemakan "Raikan Kemeriahan, Lestari Kehidupan" ini bertujuan untuk mempromosikan produk hartanah dan kawasan kediaman yang dibangunkan oleh JLand selain menjadi platform membina membina hubungan dengan pelanggan setia syarikat serta jaringan sosial dan profesional dikalangan ageni kerajaan berkaitan,pihak swasta dan juga masyarakat.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Festival tersebut juga diadakan sempena meraikan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Johor Corporation. Pengunjung boleh hadir seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Banyak rupanya pengisian yang mereka terapkan sepanjang program ini antaranya adalah pameran dari syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Johor Specialist Hospital dan  Waqaf An-Nur Corporation Berhad; serta agensi kerajaan dan swasta termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia, Proton Edar Sdn Bhd dan Jalen Distributors Sdn Bhd.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Selain pameran yang menarik, festival tersebut turut menekankan kepada majlis ilmu dengan slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana. 

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Yang menariknya Festival JLand 2018 ini, pelbagai aktiviti menarik dan unik untuk seisi keluarga turut diadakan seperti belon udara panas, e-Sports Challenge, Green Run dan jualan Food Truck. Pada masa sama, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah selain turut membuat penampilan khas maskot Angry Birds Activity Park serta Didi & Friends buat pengunjung kanak-kanak.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Pada sebelah malanya pula, korang berpeluang untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan korang seperti Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah dalam Konsert Festival JLand. Jadi apa tunggu lagi, luangkan masa korang untuk datang ke Festival JLand 2018 sehingga Ahad nanti.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn, sila layari laman Facebook rasmi Festival JLand 2018 atau hubungi talian 07-2221767.

You Might Also Like

0 komen