PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA DI VIETNAM, YOODO ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA !!

Friday, December 14, 2018

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA DI VIETNAM, YOODO ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA !! | Bersempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki dimana Harimau Malaya dari Malaysia dan juga pasukan Naga Emas dari Vietnam, patik ingin kongsikan kepada korang yang Yoodo telah memberi keistimewaan dimana bagi penyokong Malaysia yang kini berada di Vietnam, korang boleh menggunakan roaming secara PERCUMA selama 2 hari sepanjang berada di sana.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO
Kredit foto: SoyaCincau
Dengan add-on Yoodo’s Roam Like Home Plus, korang yang berada di Vietnam akan mendapat 2 hari bonus untuk roaming tanpa caj atau lebih mesra dipanggil PERCUMA apabila berada disana nanti. Ianya bermula dari Jumaat (14 Disember) hingga Sabtu (15 Disember). Jadinya korang boleh mendapatkan perhubungan selama 2 hari secara PERCUMA.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Untuk mendapatkan keistimewaan ini, pengguna Yoodo hanya perlu mengaktifkan pass dari aplikasi Yoodo dengan memilih Vietnam sebagai destinasi pilihan dan menikmati roaming antarabangsa secara PERCUMA selama 48 jam. Setiap pas 24 jam perlu diaktifkan secara berasingan semasa lawatan mereka dengan syarat mereka mempunyai pelan Yoodo tempatan yang aktif.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan ini, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata jenama itu gembira dengan prospek Malaysia merangkul trofi berprestij itu dan dengan senang hati berkongsi keseronokan dengan memberi promosi istimewa seperti ini. “Ketika pengguna Yoodo berada di Stadium Nasional Mỹ Đình untuk menyaksikan perlawanan akhir yang mendebarkan antara Malaysia dan Vietnam, mereka kini mempunyai sebab lain untuk meraikan dengan adanya roaming antarabangsa percuma,” katanya.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Beliau juga menambah bahawa Roam Like Home Plus adalah ciri baru yang dilancarkan untuk penggunanya. Roam Like Home Plus adalah pelan unik yang membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan harga RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini meliputi 53 negara.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Akhir kata TAHNIAH buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya sampai ke perlawanan akhir dan semoga Piala AFF Suzuki berjaya dibawa pulang ke Malaysia selepas perlawanan esok. Bagi penyokong yang berada di Vietnam, rebutlah peluang ini kerana ianya PERCUMA ok !!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi roaming PERCUMA ini korang boleh layari website dibawah ini.

>> WEBSITE <<

You Might Also Like

0 komen