Posts

Showing posts from January 4, 2018

GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD

Image
GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD | Bersempena majlis pertunangan patik tempoh hari, patik agak serabut konsep apa yang akan patik berikan untuk gubahan hantaran majlis patik itu nanti. Kalau dahulu zaman abang-abang dan adik patik punya majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan, patik adalah orang yang paling sibuk memikirkan konsep apa yang akan patik ketengahkan untuk hantaran mereka.  Tapi untuk majlis patik sendiri patik, entah tak tahu patik nak kata apa sebab patik secara tiba-tiba tidak mempunyai hati dan idea untuk menghasilkan hantaran sendiri. Jenuh mencari dipelusuk google, konsep yang hendak patik berikan kepada pasangan patik nanti. Dalam hati inginkan sesuatu yang simple tapi nampak mahal. Akhirnya "jodoh" patik dipertemukan dengan penggubah hantaran yang patik kenali itu Hantaran By Ejad . Yang menariknya, semua gubahan mereka menggunakan bunga segar dan bukan bunga palsu. Jadi patik tanpa pendek kat