Posts

Showing posts from February 8, 2018

WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ??

Image
WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ?? | Kadang kala patik terfikir pasal filem di Malaysia ni. Adakah filem yang dibuat ini berdasarkan keadaan sekeliling ataupun sekadar imaginasi si pengarah dalam menterjemahkan apa yang dirasa ke layar perak?  Patik tertanya ni sebabnya patik ternampak sebuah filem yang khabarnya akan menjengah dipawagam pada 22 Februari 2018 yang mengisahkan kehidupan seorang peluncur yang bertajuk SURF THIS LOVE: GELORA JIWA .  Khabarnya filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air pertama seumpamanya di Malaysia. Kiranya tiada siapa yang pernah terfikir untuk menjadikan kisah seorang peluncur ini menjadi sebuah filem.  Kata Penerbit filem saudara Amie Zhu, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang banyak menghidangkan kepada penonton dengan genre dan cinta. Jadi kisah yang lebih kepada genre sukan bagi patik cuba ditonjolkan.  PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR Y