Posts

Showing posts from February 13, 2018

ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN

Image
ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN | Anugerah Juara Lagu 32 telah melabuhkan tirai pada Ahad lepas dimana semua sedia maklum lagu Jampi nyanyian Hael telah memenangi Juara Lagu. Lagu yang menjadi fenomena bagi semua rakyat Malaysia dengan keunikan lagu dan bait-bait lirik yang ada.  Patik dan beberapa blogger lain telah bertugas sepanjang Anugerah Juara Lagu 32 berlangsung. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik secara peribadi menonton Anugerah Juara Lagu yang telah masuk edisi ke 32 tahun ini. Rasa teruja memang ada kerana selalunya patik menontonya dirumah bersama keluarga.  Kami telah memasuki Axiata Arena, Bukit Jalil seawal 7.30 malam lagi dimana kami ditempatkan diruangan khas bersama rakan media lain.  Kedudukan kami yang berdekatan dengan pentas utama memberi bonus kepada kami rakan media membuat analisa sepanjang berlangsungnya persembahan AJL32 . Bukan setakat dapat melihat secara langsung, kami juga melihat bagaimana produ