Posts

Showing posts from March 17, 2018

NUR SAJAT RATED XTRA TONJOL REALITI KEHIDUPAN SEBENAR NUR SAJAT

Image
NUR SAJAT RATED XTRA TONJOL REALITI KEHIDUPAN SEBENAR NUR SAJAT | Patik yakin ramai peminat Nur Sajat akan melihat segala gelagat beliau hanya didalam Facebook dan juga Instagram semasa beliau bersiaran langsung bukan? Begitu juga dengan patik, apabila time line patik di Facebook menunjukkan tanda yang beliau akan bersiaran langsung, patik akan meluangkan masa untuk melihat gelagat apa lagi yang akan ditunjukkan oleh beliau.  Terbaru, Nur Sajat telah dilamar oleh pihak TONTON untuk menjayakan sebuah vlog dimana segala kehidupan Nur Sajat akan dirakam dan akan dipertontonkan dikhalayak untuk menerusi NUR SAJAT RATED XTRA yang sudah mula bersiaran sejak 28 Feb 2018 lalu.  Sebanyak 30 episod akan memaparkan kehidupan sisi lain seorang usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian selain beliau merupakan usahawan ternama,ikon fesyen dan menjadi ibu kepada dua anaknya selain berkongsi tips dalam perniagaan bermula dari pembabitan beliau didalam dunia perniagaan