Posts

Showing posts from April 3, 2018

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA? PESAWAH KITA HEBAT !

Image
SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA? PESAWAH KITA HEBAT ! | Bila sebut makanan ruji bagi orang Malaysia, kita tidak akan lari dengan perkataan BERAS dan beras datangnya daripada PADI . Patik sangat hormat dengan pesawah yang tugasnya adalah membekalkan makanan ruji ini pada seluruh rakyat Malaysia. Untuk pengetahaun korang, Malaysia juga adalah pengeluar tanaman padi terbesar dunia dan Negeri Kedah adalah penyumbang utama dalam pengeluaran padi di Malaysia sehinggakan Negeri Kedah dipanggil sebagai Negeri Jelapang Padi . Patik sebagai anak jati Selangor yang pernah belajar di UiTM Arau suatu masa dahulu sangat teruja setiap kali bila musim padi menguning kerana pada masa itu suasana sawah menjadi sangat cantik seakan-akan selonggok emas yang sangat berharga. Tapi adakah kita berbangga dengan apa yang kita miliki? Tempoh hari patik berkesempatan bercuti sebentar ke Negeri Jelapang Padi ini dengan tujuan melihat peninggalan yang telah patik tingglkan

BUFFET RAMADHAN 2018: SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR

Image
BUFFET RAMADHAN 2018: SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Setiap tahun bila tiba Bulan Ramadhan , boleh dikatakan banyak lokasi berbuka puasa akan menjadi carian oleh semua orang tidak kira yang berkeluarga atau syarikat-syarikat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa.  Untuk Bulan Ramadhan bagi tahun 2018 ini patik akan berkongsi lokasi buffet ramadhan 2018 untuk idea awal korang mencari lokasi berbuka puasa nanti. Untuk kali ini, patik telah berpeluang untuk berbuka puasa di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dimana disini mereka menyediakan menu bertemakan Dari Dapur Ummi dimana boleh dikatakan menu masakan melayu dihidangkan untuk korang yang berbuka puasa disini.. Kejap lagi patik akan tunjukkan antara menu yang disediakan untuk buffet ramadhan 2018 mereka nanti. Melangkah masuk ke ruangan makan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur , patik sudah perhatikan susunana makan yang sangat banyak untuk dihidangkan kepada tetamu. Semuanya memang mengundang kecur air liu