Posts

Showing posts from May 3, 2018

MANISAN COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE UNTUK HADIAH UNTUK TERSAYANG

Image
MANISAN COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE UNTUK HADIAH TERSAYANG | Di Malaysia kita sudah pasti dibanjiri dengan manisan atau dipanggil sebagai pemanis mulut atau pencuci mulut dengan pelbagai jenis kuih tradisional melayu kita. Bila menjengah ke negara timur tengah, patik teringat sejenis manisan yang dipanggil Baklava. Untuk makluman korang, baklava adalah sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat bekas kekuasaan Kerajaan Othmaniah. Makanan ini terdiri dari campuran pelbagai  kacang walnut atau pistache yang dicincang dan diberi pemanis (gula atau madu) dan dibungkus adonan roti tipis. Kalau dekat Malaysia ni, patik rasa agak susah untuk kita rasa kenikmatan rasa Baklava cara Malaysia. Cari punya carik, patik dapat tahu bahawa terdapat sebuah cafe yang menjual Baklava cara Malaysia yang terletak di Bukit Damansara iaitu  Lavand & Day Dreamers Cafe . Perjalanan patik dari Bangi ke Bukit Damansara ini memakan masa lebih