Posts

Showing posts from May 17, 2018

NAK MAKAN RUSA PANGGANG & DURIAN? JOM KE BUFFET RAMADHAN 2018 DORSETT PUTRAJAYA

Image
NAK MAKAN RUSA PANGGANG & DURIAN? JOM KE BUFFET RAMADHAN 2018 DORSETT PUTRAJAYA | Bulan Ramadhan 2018 telah menjelma. Kebiasaan bila tiba bulan puasa, banyak lokasi berpuasa yang boleh korang cuba pada harga tertentu mengikut kemampuan korang. Tapi untuk kali ni, patik nak berkongsi dengan korang lokasi berbuka puasa yang boleh korang cuba di Putrajaya . Dorsett Putrajaya tidak kurang hebatnya apabila mereka juga mengadakan buffet berbuka puasa yang dipanggil #Bismillah Buka Puasa Feast di Citra Rasa Dorsett Putrajaya bermula 18 Mei - 13 Jun 2018 . Sebenarnya patik berpeluang untuk datang dan rasai sendiri menu-menu yang dihidangkan disana dan memang sedap dan memang kena dengan tekak patik. Biasalah kalau menu buffet ni patik secara jujurnya tidak sempat untuk merasai kesemua menu yang dihidangkan. Hanya beberapa yang patik berkenan dihati untuk patik jamah.  Di Dorsett Putrajaya mereka menghidangkan menu setiap hari lebih kurang sebanyak 500 jenis juad