Posts

Showing posts from May 20, 2018

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Image
PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA | Patik nak tanyalah sejauh mana korang tahu tentang kesihatan atau keadaan kaki korang? Selalunya orang lebih pentingkan kesihatan kulit wajah, kesihatan badan, kesihatan rambut dan bukan kesihatan kaki. Begitu juga patik. Patik sendiri tidak ambil peduli dengan kesihatan kaki. Yang patik tahu kalau kaki sakit, kita cari tukang urut dan sebagainya. Tahukah korang, kesihatan kaki sangat penting yang perlu kiyta semua jaga sedari kecil lagi. Rupanya struktur kejadian pada tapak kaki juga memainkan peranan penting sebagai keseimbangan kita. Ya Allah, sungguh patik tidak pernah ambil peduli dengan semua tu.  Baru-baru ini patik telah datang sendiri ke  Sunfeet International Rehab Centre  yang terletak di Petaling Jaya untuk mendengar satu perkongsian berkenaan kesihatan kaki. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dato Dr. Edmund Lee, Pakar Ortotik dan Protestik dan juga Dr. Liyana Dhamirah Amiruddin, seorang doktor perubatan da