Posts

Showing posts from June 11, 2018

SERONOK BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN BLOGGER DI RESTORAN DISAJI TITIWANGSA

Image
SERONOK BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN BLOGGER DI RESTORAN DISAJI TITIWANGSA | Peluang untuk berbuka puasa bersama rakan blogger yang sekepala dengan patik adalah suatu yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Sebenarnya untuk berbuka puasa ini telah dirancang oleh rakan blogger patik iaitu Khai Artzfar dimana beliau nak sangat mengajak kami geng yang sekepala ni berbuka puasa bersama. Seperti yang telah dibincangkan didalam group whatsapp kami akhirnya kami semua rakan blogger Amir Nawawi ( www.amirnawawi.com ), Khai Artzfar ( www.budakpacak.com ), Diya Nadia ( www.pinkymomma.com ) dan juga Suzai ( www.sizzlingsuzai.com ) akhirnya berkumpul di Restoran D'Saji Titiwangsa . Kredit foto:  www.sizzlingsuzai.com Apa yang menarik di  Restoran D'Saji Titiwangsan  ini adalah kerana restoran ini terapung di atas Tasik Titiwangsa . Kiranya konsep restoran terapung ini diterjemahkan didalam persekitaran disini. Selalunya patik berbuka puasa dihotel dan juga dewan ya