Posts

Showing posts from August 8, 2018

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Image
FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT | Bila sebut menu masakan cina, patik agak teruja untuk menikmatiknya selepas patik pulang daripada Kunming, Yunan China tempoh hari. Untuk pengetahuan korang, kepedasan daripada menu masakan cina ini sedikit berlainan berbanding kepedasan masakan masyarakat Malaysia. Sesuai dengan kerinduan terhadap masakan China, patik telah berkesempatan untuk menikmati makanan yang datang dari Wilayah Sichuan, Chengdu China yang berlokasi di Hotel Dorsett Grand Subang tempoh hari.  Bermula 4 sehingga 29 Ogos 2018 , jelajah Fiesta Makanan Sichuan 2018 akan menjengah keseluruh Hotel Dorsett yang ada di Malaysia seperti Dorsett Grand Subang, Dorsett Grand Labuan, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Dorsett Putrajaya . Sehubungan dengan itu, 2 orang chef yang dibawa khas dari Dorsett Grand Chengdu, China  iaitu Chef Harley dan Chef Teresa untuk menyediakan menu yang menjadi pilihan masyarakat Sichuan. Untuk pengetahuan korang semua, Wilay