Posts

Showing posts from August 14, 2018

HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

Image
HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN | Bagi korang yang mengikuti perkembangan patik, patik akan melangsungkan majlis pernikahan patik dengan Cik Tunang insyaAllah pada bulan November 2018 nanti. Untuk persiapan kearah itu, beberapa keperluan perlu patik siapkan sebelum tiba waktunya bermula dengan kursus pra-perkahwinan dan kemudian adalah ujian saringan HIV bagi bakal pengantin.  Sebagai perkongsian kali ini, patik akan kongsikan bagaimana patik melalui langkah-langkah untuk membuat ujian saringan HIV bagi bakal pengantin di Malaysia. 1. BUAT SEMAKAN LOKASI UJIAN SARIANGAN HIV DILAKUKAN Untuk membuat ujian saringan HIV ini, korang hanya dibenarkan untuk membuat ujian di Klinik Kesihatan dan juga Hospital Kerajaan SAHAJA . Seperti patik yang bermustautin di Bandar Baru Bangi, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi adalah klinik milik kerajaan yang paling dekat dengan kediaman patik.  Untuk pengetahuan korang, masa untuk uji