Posts

Showing posts from August 28, 2018

DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Image
DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN, CHINA | Siapa sangka angan-angan untuk patik sampai ke Kunming, Yunan China apabila melihat beberapa rakan patik telah sampai ke Kunming tidak silap patik 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya patik tidak sangkat diberi peluang untuk sampai kesini. Ini semua patik anggap sebagai rezeki terpijak. Jadi untuk entri ini dan seterusnya, patik akan berkongsi pengalaman patik yang telah berada disana untuk 5 hari 4 malam di Kunming, Yunan China . Sebelum patik berkongsi dengan lebih lanjut, jom patik perkenalkan dimanakah Kunmimg, Yunan, China . Kunming ialah ibu kota Yunnan, China. Jika korang menaiki kapal terbang untuk ke Yunnan, China, korang akan nampak dari tingkap lagi kehijauan bumi Yunnan. Apa yang orang katakan tentang Kunming adalah “Everyday is spring in Kunming” . Kenapa dikatakan begitu? Jom teruskan pembacaan korang.  PENERBANGAN DENGAN AIR ASIA Patik dan beberapa rakan blogger dan media lain