Posts

Showing posts from November 16, 2018

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS

Image
TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS | Bila sebut taman tema, patik yakin ramai antara korang memang gemarkan taman tema yang ada di Malaysia. Sebut jeee segala jenis taman tema, memang seronok kalau korang datang bersama keluarga lebih-lebih lagi korang yang anak-anak, merekalah orang yang paling seronok. Malaysia Animation Park Studio (MAPS) Perak adalah sebuah taman tema Malaysia pertama yang memaparkan animasi air tangan anak-anak Malaysia. Jadi, MAPS Perak ini menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, MAPS Perak telah melancarkan tarikan terbaru yang akan diberikan kepada pengunjung iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus . Patik yakin bagi korang yang berkeluarga, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak-anak sangat tertunggu-tunggu tarikan terbaru ini. Tempoh hari patik telah sama-sama dengan pihak MAPS Perak bagi sesi pengenalan bagi tarikan terbaharu ini yang akan mula dibuka kepada umum