Posts

Showing posts from November 19, 2018

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Image
PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU | Bila sebut Negeri Terengganu, patik sangat suka dengan persekitaran disana. Kalau diberi peluang untuk bercuti, patik lebih seronok untuk memilih Negeri Terengganu sebagai lokasi percutian. Bila sebut percutian dan Negeri Terengganu, patik teringat yang patik belum kongsikan lokasi percutian yang terdapat di Negeri Terengganu iaitu  Resorts World Kijal  yang terletak di daerah Dungun Terengganu. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik sampai ke  Resorts World Kijal Terengganu . Berbanyak terima kasih patik ucapakan buat rakan blogger patik  PenaBerkala  kerana mengajak patik untuk sama-sama bercuti disana. Percutian patik kali ini dibawakan oleh pihak Resorts World Genting dengan menariki kenderaan mereka yang sangat selesa. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam memang menyeronokkan sebab yang joint trip kali ini adalah dikalangan rakan blogger juga. Jadi memang seronokkk sangat ! Patik sangat suka dengan dek