EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA SEDIA KONSEP DALAM TAMAN

Sunday, January 13, 2019

EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA

EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA SEDIA KONSEP MAJLIS DALAM TAMAN | Bila menyinggah ke lokasi majlis perkahwinan ni haa, patik mesti teringat zaman-zaman patik dan isteri bersanding. Masa patik tu, patik lebih senang menggunakan khidmat semuanya didalam 1 harga. Dewan, pelamin, makan tetamu, menu makan beradap, DJ semuanya diuruskan oleh pihak dewan. 

Patik masih ingat lagi zaman-zaman abang patik nak nak buat majlis perkahwinan. Semuanya  dilakukan sendiri dan tempahan secara berasingan. Pelamin lain, khemah lain, makan lain. Haaa kan susah kan dan mungkin akan memakan bajet yang berlebihan.

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Alhamdulillah tahun demi tahun, patik perasan sekarang ni sudah banyak event space yang boleh kita lakukan pelbagai majlis termasuklah majlis perkahwinan termasuklah yang terbaru yang sempat patik hadir tempoh hari yang terletak di Puchong, iaitu Lugar De La Boda

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Untuk pengetahuan korang. Lugar De La Boda merupakan lokasi event space terbaru milik Hanana Group Sdb Bhd dimana sebelum ini mereka telah melancarkan event space yang terdapat di Putrajaya diberi nama Ambassador Putrajaya. Atas permintaan ramai lokasi kedua yang terletak di Puchong ini telah dirasmikan dengan meriah.

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Berlainan dengan Ambassador Putrajaya yang lebih kepada dekorasi moden, Lugar De La Boda ini menekankan konsep terbuka dan disuntik elemen taman didalamnya. Kiranya kalau korang menempah sebarang majlis disini, korang akan dapat pakej lengkap bagai membuat majlis didalam sebuah taman yang indah.  

PERASMIAN EVENT SPACE LUGAR DE LA BODA DAN SESI FOOD TESTING 


LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Pengumuman perasmian event space Lugar De La Boda, Puchong ini telah disempurnakan oleh pemilik Hanan Group Sdn Bhd iaitu Puan Norazlin Abdul Ghafar dan juga diraikan oleh ibu dan ayah serta keluarga yang sangat menyokong perniagaan pengurusan majlis ini.

Bercakap mengenai menu yang ditawarkan disini, patik sangat berpuas hati dengan menu utamayang dihidangkan dan juga menu tambahan lain yang disusun dengan konsep gerai-gerai disekeliling dewan makan mengikut permintaan pengunjung. 

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Menu seperti sambal sotong dan juga daging masak hitam mereka menjadi kegemaran patik bila setiap kali kalau pihak Hanana Group Sdn Bhd menjemput patik ke majlis food testing mereka. 

Gerai yang disedikan adalah menu tambahan kepada menu utama. Menu seperti kambing bakar, apam balik, ayam potong, char kuaw tiaw, kuih muih dan menu lain akan disediakan bergantung kepada tambahan didalam pakej yang disediakan oleh pihak Hanana Group Sdn Bhd

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG


Apa pun tahniah patik ucapkan kepada Puan Norazlin Abdul Ghafar atas kejayaan pembukaan Lugar De La Boda, Puchong iaitu cawangan kedua event space selepas Ambassador Putrajaya. Patik dan rakan lain tumpang bangga dengan kejayaan ini. 

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Jadi bagi korang sekitar Puchong yang ingin mencari space event untuk majlis perkahwinan atau apa jua majlis, korang boleh datang terus kesini atau korang boleh gunakan informasi yang diberikan dibawah bagi tujuan tempahan. 

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4
Lake Vista, 47100 Puchong
Selangor Daruk Ehsan

Pejabat Urusan:
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak
Persiaran Diplomatik Presint 15
62050 Putrajaya

Tempahan / Contact Person:
Farah 016-6700 457
Hanis 016-6700 752
Rezza 016-6700 473
Liana 016-4318 434


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen