SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU? INI JAWAPANNYA

Monday, January 21, 2019

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TIDAK BEST UNTUK BERBULAN MADU? | Sebagai pengantin yang boleh patik so called "Pengantin Baru", setelah banyak duit dah kehabisan sepanjang majlis yang berlangsung, kini adalah masa untuk mencari duit kembali. Jadi cara untuk bermanja berdua adalah mencari tempat yang mampu milik untuk kali lepak santai bersama.

Tempat yang paling dekat bagi patik adalah Kuala Lumpur. Siapa kata Kuala Lumpur tak best untuk meluangkan masa bersama isteri kan??

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Tempoh hari patik telah merancang dengan isteri patik untuk meluangkan masa untuk check in di  hotel dibwah seliaan Zenrooms yang terletak di Expressionz By KL Suite yang khabarnya berlatar belakang bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan juga KLCC. Sangat mudah hanya buat tempahan dengan menggunakan laman web mereka jeee dan masa untuk patik tinggal disana.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Setiba dibilik yang patik telah tempah, ianya sangatlah diluar jangkaan patik. Bagi korang yang biasa menggunakan perkhidmatan Zenrooms, mereka menyediakan penginapan bagi mereka yang gemarkan konsep santai dan lebih kepada traveler dan bagi patik dengan harga yang sangat murah, patik dapat bilik yang sangat hebat dan sangat mewah. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU
SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Bilik yang patik tempah ini bukan sekadar bilik biasa tetapi korang tengoklah apa yang sedang patik kongsikan ini. Ruang bilik yang luas dan juga ruang tandas yang sangat selesa dan dekorasi yang kelihatan bukan bilik "bajet".

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Berkonsepkan ruang bilik yang minimalis menjadikan bilik yang patik tempah ini luas dan tidak mengganggu ruang bilik lain. Kiranya kalau korang nak meluangkan masa berdua dengan pasangan korang, ruangan ini sangat sesuai dengan korang. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Yang bestnya, bila korang mengadap kelluar jendela, korang boleh melihat pemandangan KLCC dan juga Menara Kuala Lumpur dengan jelas. Memang sangat indah. Patik dan isteri sangat suka dengan persekitaran ini. 

Berbalik pada konsep percutian patik yang singkat ini, patik mencadangkan kepada isteri patik yang konsep percutian kita kali ini adalan 100% menggunakan kenderaan awam. Jadi kami menggunakan LRT, Monorel dan juga GRAB untuk memudahkan perjalanan kami. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Patik masih teringat yang patik pernah berjanji dengan isteri patik bila kita sudah menjadi suami isteri, patik nak bawa beliau pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur kerana beliau tidak pernah meluangkan masa untuk melihat Kuala Lumpur pada waktu malam. Maklumlah masa sebelum kahwin, orang kata tidak manis bawa anak dara orang keluar sampai lewat malam dan malam ini patik telah melunaskan apa yang pernah patik janji.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Benda pertama yang isteri patik nak lihat adalah River of Life yang memang cantik disepanjang sungai yang telah dinaik taraf menjadi cantik pada waktu malam. Mana tidaknya, korang boleh melihat air pancut dan juga betapa warna-warninya disepanjang sungai ini.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Selain meronda di River of Life, kami sempat meluangkan masa untuk ke Dataran Merdeka secara dekat. Kemain suka isteri patik bila berpeluang untuk sampai ke Dataran Merdeka yang selalunya kita hanya akan lalu jee sekiranya untuk masuk ke Kuala Lumpur

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Apa pun yang boleh patik katakan, tidak salah untuk meluangkan masa ke Kuala Lumpur dan melihat sendiri apa yang menarik yang ada di dalam Kuala Lumpur itu sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada Zenrooms kerana memyediakan penginapan yang sangat selesa pada harga yang sangat murah. 

Siapa kata Kuala Lumpur tak best untuk berbulan madu? Datang sendiri dan korang akan alami keindahan Bandaraya Kuala Lumpur yang indah. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


You Might Also Like

0 komen