KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN | Patik nak tanya laa dekat korang. Korang tahu ke baca kod yang tertera pada tayar kenderaan korang? 

Jujur patik kata, patik sejenis manusia yang kurang berpengetahuan terhadap ilmu kenderaan ini. Tapi mujur laaa banyak laman yang membantu patik untuk melakukan carian terhadap pemilihan tayar yang sesuai bagi kegunaan.

Ada beberapa situasi dimana pembeli boleh ditipu dengan penjual tayar kereta. Sesetengah penjual tayar kereta akan mempamerkan tayar kereta yang lama dengan harga yang baru semata-mata untuk menghabiskan stok. 

Jadi, ianya penting untuk korang tahu kod-kod yang ada pada tayar untuk mengelakkan tayar yang dijual itu sudah terlalu lama malah lebih teruk, expired. Ini kod tayar kereta yang perlu diperiksa: 

Untuk dicadikan contoh, kod tayar kereta adalah 205/65/R16 95V

205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm

65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)

R = Radial

16 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci

95 = Had maksimum bebanan

V = Maksimum had laju 240 km / jam

Korang juga perlu semak abjad terakhir pada tayar:

S = Maksimum had laju 180 km / jam

T = Maksimum had laju 190 km / jam

U = Maksimum had laju 200 km / jam

V = Maksimum had laju 240 km / jam

Z = Maksimum had laju 240 km / jam

W = Maksimum had laju 270 km / jam

Y = Maksimum had laju 300 km / jam


Selain melihat kod pada tayar, 1 lagi yang bagi patik perlu korang ambil tahu adalah bila tayar kenderaan korang dibuat. 

Untuk membeli tayar kereta terbaik, sebagai pemandu korang kena periksa empat angka tarikh yang dicatat pada sisi tayar. Ini penting kerana tarikh tersebut merupakan indikator yang menunjukkan bila tayar itu dihasilkan.

Sebagai contoh: 1419

Bagaimana untuk membaca 1419 itu adalah ia menjadi keluaran kilang tayar pada minggu ke-14 tahun 2019. Tempoh penggunaan tayar yang ideal adalah selama 5 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. 

Tapi mesti ade yang bertanya apa terjadi kalau tayar sudah berusia lebih daripada 5 tahun? Adakah ianya tidak boleh digunakan? Ianya boleh digunakan tapi tidak disyorkan.

Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras kerana getah yang ada pada tayar sudah tamat tempoh. Kita disyorkan untuk menggantikan tayar apabila bunga pada tayar sudah haus atau dah lebih lima tahun penggunaannya. 

Diharapkan perkongsian patik kali ini akan memberi manfaat bukan saja ingatan buat patik malah untuk peringatan kita bersama. Sekian perkongsian kali ini. Jumpa lagi perkongsian di lain masa. 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT

SEBAB ROKOK, ARTIS TERPAKSA SOROK DUIT DAPUR DARIPADA SUAMI