PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Wednesday, February 13, 2019

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

MAJLIS PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK | Bila melihat majlis perkahwinan orang, patik mesti senyum sendiri bila melihat majlis dan persekitaran majlis perkahwinan yang berlangsung. Nak jadi kisah patik telah menghadiri majlis perkahwinan Syed Naquib dan Balqiss yang berlangsung di Orchard Villa Gombak. Sebenarnya patik pernah sampai kesini tak silap beberapa tahun lepas dan bila patik sampai kesini, ianya masih sama dan masih indah.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda DSaji Sdn Bhd kerana menjemput patik dan rakan blogger lain bagi menyaksikan kemeriahan persandingan konsep yang berlangsung disana.

Bila nak memasuki kawasan Orchard Villa Ombak ini, korang akan menyeberangi sungai yang bagi patik sangat cantik. Bila dengar deruan air sungai ni membuatkan patik rasa sangat tenang. Siapa yang sukakan deruan air sungai, patik akan faham apa yang patik cuba sampaikan.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Untuk pengetahuan korang, Orchard Villa Gombak ini adalah milik penuh syarikat katering yang sangat popular iaitu Felda Dsaji Sdn Bhd. Kiranya Orchard Villa Gombak ini adalah dibawah pengurusan pihak Felda Dsaji sendiri. Jadi bab masakan makanan tidak perlu disangkal lagi. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Patik tiba disana lebih kurang jam 11 pagi dan waktu ini patik melihat keluarga pengantin sedang sibuk membuat persiapan terakhir bersama-sama dengan pihak pengurusan Felda DSaji bagi menjadikan kesemua majlis nanti akan lebih lancar apabila tibanya tetamu yang hadir.

Tema bagi majlis kali ini adalah hijau dan sudah tentu bila patik memasuki laluan karpet merah menuju kepelamin, patik sudah melihat kerawang-kerawang indah menghiasi pelaminan singahsana dan sudah pasti ianya bertemakan tradisional.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Apa yang menariknya apabila menggunakan perkhidmatan katering Felda DSaji ini, korang akan dapat kesemua dalam 1 harga. Kiranya korang sebagai tuan rumah tidak perlu memikirkan apa yang patut sedia, bagaimana susunan meja dan sebagainya kerana semua itu sudah "terbayar" dengan bayaran yang telah pihak tuan rumah langsaikan.

Bukan apa, patik sendiri sudah berpengalaman mengadakan majlis dirumah dan juga majlis di dewan dan apa yang seronoknya bila buat didewan, korang tidak perlu sibuk nak kemas rumah, nak pikir berapa khemah nak kena pasang, siapa yang akan masak, menu apa yang kita nak hidangkan dan seumpanya kerana pihak dewan telah sedia tahu kerja dan kehendak pelanggan.

Begitu juga dengan perkhidmatan yang pihak Felda DSaji sediakan dimana mereka akan menguruskan apa kehendak pelanggan yang ingin mengadakan majlis ditempat mereka pada satu harga.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Dengan keluasan yang sangat maksima, menjadikan Orchard Villa Gombak ini antara lokasi pilihan warga kota khususnya mereka yang berada disekitar Gombak untuk mengadakan majlis dalam skala yang besar jemputanya. Korang tengok jee laaa susun atur meja yang ada disini. Memang banyak dan ianya disusun dengan sangat kemas dan teratur.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Berbalik kepada tatarias majlis yang diadakan di Orchard Villa Gombak ini, patik sangat berkenan dengan dekorasi meja makan beradap yang disediakan oleh pihak Felda DSaji ini. Mereka kalau boleh ingin memberikan semuanya yang terbaik dan terbukti apabila bungaan yang disediakan ini adalah daripada bungaan yang segar yeee. Patik sangat suka yeee bunga-bunga segar ni. Hehehehe

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA OMBAK

Untuk korang yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan katering Felda DSaji ini, mereka menawarkan harga yang merangkumi semua dibawah:
  • JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  • TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  • MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
  • MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi, alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya. 
  • 3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN : "Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
  • SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  • PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji 
  • STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD 
  • TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
  • RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Oh yaaaa, lupa patik nak ingatkan semula, selain Orchard Villa Gombak ini, terdapat 8 lagi lokasi yang dikendalikan oleh Felda DSaji Sdn Bhd yang boleh korang pilih iaitu:

  1. Carpet Avenue, Strand Mall
  2. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  3. Dewan Merak Kayangan
  4. Dewan Perdana Felda
  5. Laman Warisan Putrajaya
  6. Dewan Residensi UTMKL
  7. Banquet Hall, Menara Felda
  8. Dewan Besar Tun Rahah

Tepat jam 12.30 tengahari, pasangan mempelai yang diraikan mula memasuki dewan dan terus ke pelaminan indah. Melihat pakaian yang mereka kenakan ini, teringat majlis resepsi patik yang juga mengenakan busana melayu tradisional. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Busana hijau yang tampak mewah ini khabarnya hasil rekaan pereka tersohor. Khabarnya mahal harganya. Hehhee. Apa pun patik ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Syed Naquib dan Balqiss yang telah selamat dijabqabulkan dengan begitu meriah sekali.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Bagi koran yang sedang mencari-cari lokasi indah untuk majlis perkahwinan atau apa jua majlis, Orchard Villa Gombak mungkin lokasi yang sesuai untuk anda. Unutk sebarang pertanyaan atau tempahan dewan, korang boleh hubungi terus dengan nombor yang tertera dibawah. InsyaAllah mereka ini akan membantu korang dari A-Z yeee.


ZAIDI ABU BAKAR: 019 - 2974800
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM: 012 - 921 4691
PEJABAT: 03 – 2698 8302


You Might Also Like

0 komen