RUHAINIES KINI DUTA PRODUK KOREA GUERISSON

Friday, February 01, 2019


RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK KOREA GUERISSON | Bila sebut produk kosmetik daripada Korea, ramai rakan patik sangat bersetuju bahawa produk kosmetik yang dihasilkan disana adalah sangat terbaik untuk kegunaan kita masyarakat Malaysia. Sebutkan jee jenama apa, pasti ramai yang percaya pada jenama dari Korea ini.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Terbaru produk Guerisson dari Korea ini telah masuk ke pasaran Malaysia dengan melantik Ruhainies sebagai duta untuk jenama ini. Patik sempat singgah ke SaSa IOI City Mall, Putrajaya untuk melihat secara dekat produk ini.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Siapa tidak kenal dengan pelakon popular yang sangat meningkat naik iaitu Ruhainies. Selepas Guerisson melantik pelakon popular Korea iaitu Lee Kwangsoo, Ruhainies pula telah diangkat sebagai duta Guerison di Malaysia. Bertuahnya Ruhainies ni, kerana ini merupakan kali pertama jenama produk kecantikan Korea yang popular melantik artis Malaysia sebagai duta mereka.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Untuk pengetahuan korang, kedai kosmetik SaSa merupakan outlet tunggal untuk mengedarkan produk daripada Guerisson ini dan terbaru mereka telah memperkenalkan kepada hadirin yang datang adalah Bright Me Cream yang khabarnya boleh memberi impak pemutihan dengan kadar segera. 

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Apa yang patik perasan, solekan sederhana Korea merupakan trend terkini yang popular. Sesetengah rakyat Malaysia menggunakan solekan yang tebal dan tidak mampu melindungi kecelaan kulit wajah mereka. Oleh itu, kami syorkan Guerisson iaitu jenama produk kecantikan yang popular di Korea untuk rakyat Malaysia memiliki kulit yang cantik seperti warga Korea. Apa yang penting adalah penjagaan kulit yang baik untuk menikmati kehalusan kulit seperti mereka.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Pelantikan duta Malaysia merupakan pencapaian industri kecantikan Korea. Objektif YIT dan Claires Korea melantik Ruhainies sebagai duta Guerisson selepas Lee Kwangsoo bertujuan menyebarkan mesej bahawa warga Malaysia juga boleh memiliki kulit yang cantik seperti warga Korea, dan kepentingan penjagaan kulit yang baik. 

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Kini, solekan sederhana Korea adalah trend yang popular, tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak berani mencuba solekan sederhana ini disebabkan keadaan kulit mereka. Guerisson adalah pilihan produk yang terbaik untuk membantu memperbaiki keadaan kulit anda. Walau bagaimanapun, cara penggunaan produk yang betul juga amat penting, kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan produk itu.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Apa pun tahniah patik ucapkan kepada Ruhainies atas lantikan sebagai duta produk Guerisson dan tahniah kepada Guerisson atas kemunculan produk Bright Me Cream mereka yang terbaru.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Bagi korang yang ingin mencuba rangkian produk Guerisson ini, korang boleh datang ke SaSa Outlet untuk mendapatkan produk ini dengan harga promosi khabarnya sedang berlangsung.

You Might Also Like

0 komen