MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Thursday, March 28, 2019

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU | Betul orang kata, majlis perkahwinan ni adalah majlis yang seai seumur hidup dan kalau boleh buatlah sesuatu yang sederhana dan tidak terlalu membazir.

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Sebenarnya patik telah lama impikan sebuah majlis perkahwinan yang berkonsepkan tradisional melayu yang ada konsep kain songket, ada hulubalang yang mengiringi pengantin dan juga tarian penuh tradisi memeriahkan lagi majlis. Siapa yang kenal patik mesti tahu yang patik memang sukakan kebudayaan melayu, tarian, muzik tradisional melayu dan sebagainya yang kearah budaya melayu.

PAKAIAN PENGANTIN TRADISIONAL MELAYU

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Alhamdulillah terima kasih Allah atas izin-Nya kerana majlis yang patik impikan seperti yang patik impikan telah menjadi kenyataan apabila sebuah majlis yang bagi patik sangat sempurna telah dirialisasikan.

Jujur cakap, pada awalnya patik langsung tidak berkenan dengan songket dan lebih benci lagi ianya berwarna kuning yang ala-ala kuning raja tu haaa. Tapi selepas seorang rakan patik yang beriyeee menunjukkan pakaian pengantin daripada songket yang potongannya tradisional, hati patik terus berubah. Patik memang nekad untuk mengenakan busana pengantin yang potongannya adalah potongan pakaian melayu. 

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Pakaian pengantin perempuan dia hanyalah potongan kebaya dan ditelitikan lagi dengan hiasan kepala yang berwarna emas menjadikan ianya lebih mahal dan akhirnya ianya menjadi realiti apabila butik yang patik kerjasama memberikan hasil yang sangat wowwww !!

Sebenarnya bila cerita balik bab butik pengantin ni, patik sedikit takot pada mulanya kerana pakaian kami ini adalah pakaian baru dan ianya mengambil masa 2 minggu untuk siap. Dalam hati patik kalau tidak siap ni memang mati laaaaa. Tapi yeee hasilnya sekali lagi sangat wowww yeee. Terima kasih kepada BUTIK LOVENDOUR atas hasil tangan yang sangat mengkagumkan. Dibawah ni adalah info butik mereka.

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


DEWAN PERKAHWINAN

Bila part baju dah selesai, sekarang kita fikirkan konsep untuk dewan pula. Untuk majlis kali ni patik memilih untuk masukkan elemen tradisional untuk dekorasi pelamin yang akan patik gunakan nanti. Kalau boleh patik inginkan latar belakang putih dan diserikan dengan sedikit warna daripada bungaan yang berwarna. 

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Sebenarnya ini adalah kali pertama keluarga patik mengadakan majlis perkahwinan luar daripada kawasan rumah. Kalau sebelum-sebelum ni adik beradik patik semuanya mereka lakukan dirumah tapi kali ini patik telah membuat perkiraan kasar dimana mengadakan majlis dirumah atau didewan mana yang lebih berbaloi. 

Selepas membuat carian dikawasan sekitar rumah patik akhirnya MZ GARDEN HALL menjadi pilihan patik  Informasi dewan ini patik sediakan dibawah.

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<

PENARI TRADISIONAL DAN HULUBALANG MAJLIS

Benda yang paling last minit yang patik buat adalah menjemput penari yang jauh dari Batu Pahat. Sebenarnya benda ni yang paling patik tak terfikir untuk lakukan dan akhirya ianya terjadi. Siapa sangka perkenalan hanya melalui instagram dan hanya berurusan melalui whatsapp menjadikan kumpulan tarian daripada Unit Tari, Majlis Kebudayaan Batu Bahat ini menjadi realiti. 

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Yang menariknya apabila berurusan dengan mereka, mereka yang banyak bantu patik menyediakan tentetif program sepanjang majlis. Yee laa patik ingatkan majlis macam ini tidak memerlukan tentatif program. Rupanya patik silap kerana ianya memerlukan tentatif lengkap sepanjang majlis. 

Bermula daripada perarakan pengantin, pemilihan lagu berarak masuk, gaya masuk, makan beradab sehingga majlis memotong kek semuanya mereka yang bantu patik. Terima kasih banyak-banyak sahabat. 

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Apabila hari berlangsung, patik bagaikan terkejut dengan persiapan mereka. Patik diarak bagaikan seorang anak raja yang masuk kebalai rongseri untuk mengadap. Mereka sentiasa bersama patik dan sentiasa menjaga patik seperti hulubalang dan dayang istana.

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Apa yang boleh patik katakan, patik tidak menyesal mengambil mereka menjadi sebahagian daripada majlis patik. Ramai yang puji majlis patik yang katanya bagaikan majlis raja-raja. Mana tidaknya dengan busana serba kuning dan disertai hulubalang dan dayang-dayang persis berada di istana. Terima kasih Unit Tari, Majlis Kebudayaan Batu Bahat. Dibawah ni informasi mereka sekiranya korang berminat untuk menjemput mereka. 

>> INSTAGRAM <<

FOTOGRAFI DARIPADA HUBB.STUDIO

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Bila semua dah cantik, rasanya patik memerlukan fotografi yang boleh abadikan masa majlis patik didalam bentuk gambar. Jadi patik telah megambil pakej fotografi daripada HUBB.STUDIO, rakan patik yang patik kenali lama sudah. Mudah bekerjasama dan yang paling penting hasil gambarnya memang terbaik.

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Untuk pengetahuan korang, semua gambar yang korang tengok ini adalah hasil tangan Hubb.Studio. Sebenarnya konsep yang dibuat ini adalah semua atas perancangan beliau dan patik hanya menurut perintah untuk membuat aksi yang dirasa sesuai untuk dipenuhkan didalam album nanti. 

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Bagi korang yang mencari jurugambar yang profesional, patik cadangkan korang untuk menggunakan khidmat daripada Hubb.Studio ni haaa. Patik sudahtidak sabar untuk melihat kesemua gambar yang disatukan didalam satu album nanti. Yeaayy !! Dekat bawah ni adalah informasi studio yang patik maksudkan.

You Might Also Like

0 komen