PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK DI MATIC KUALA LUMPUR

Friday, March 29, 2019

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK DI MATIC KUALA LUMPUR | Tempoh hari patik telah sama-sama menyaksikan pementasan Teater Tradisional Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik yang telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MaTic) Kuala Lumpur. 

Sebelum ini patik telah menonton Teater Mek Mulung tetapi berlainan versi iaitu Teater Mek Mulung Putera Cahaya Bulan tetapi yang terbaru ni patik baru sahaja menonton Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik. Barulah patik tahu yang sebenarnya Teater Mek Mulung ini mempunyai pelbagai "episod" sebagai hiburan untuk masyarakat khususnya masyarakat Melayu di Negri Kedah. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Mek Mulung (atau Mek Mulong) ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia telah menjadi hiburan rakyat di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi.

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Pementasan Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik ini telah dijayakan oleh Kumpulan Tradisional Darinai Dance dimana naskah teater ini diarahkan oleh Zamzuriah Zahari seorang aktivis Mak Yong dan dibantu dengan penampilan beberapa artis undangan seperti Hairi Safwan (Anak Wayang), Che Mat (Raja Lawak) dan juga Asmidar (Vokal Bukan Sekadar Rupa) serta Fiza Thomas (AF2016)

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Selain pemain watak yang patik ceritakan tadi, tokoh-tokoh pewaris Mek Mulung yang dibawakan khas dari Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah seperti Encik Ahmad Shahadan, Encik Saad Taib , Encik Kamarudin Debak dan Encik Ishak Man. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

SINOPSIS TEATER MEK MULUNG HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Teater Mek Mulung Hikayat 12 Beradik ini mengisahkan kehidupan 12 orang puteri yang ditemui didalam hutan yang tinggal dididalam kawasan larangan istana. Mereka akhirnya telah dijadikan gundik bagi raja dan dilayan sebaik mungkin didalam kawasan istana. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

12 orang puteri ini telah mengundang cemburu dan sakit hati dek permaisuri raja, maka bermulalah episod kejam sifat permaisuri dan juga inang-inang nya. Permaisuri telah membuat helah dengan berpura-pura sakit dan penyembuhan penyakitnya boleh diubati dengan memakan biji mata daripada 12 beradik puteri. Akhirnya 12 beradik puteri ini buta kecuali Puteri Bongsu dimana hanya sebelah matanya dikorek. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Selepas kesemua mereka ini buta, puteri 12 beradik ini telah membawa diri kedalam hutan dihujung negeri. Rupanya setiap puteri adik-bradik ini mempunyai anak bersama-sama dengan raja tetapi anak-anak mereka akhirnya mati kecuali anak Puteri Bongsu atas sebab tiada makanan dan akhirnya anak mereka menjadi korban makanan mereka. 

Anak Puteri Bongsu akhirnya membesar dan menjadi anak angkat kepada Raja yang merupakan ayahanda kandung akhirnya akan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku ini dan kesemua puteri 12 beradik akhirnya kembali ke istana dan mendapat semula biji mata mereka masing-masing. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

ULASAN PATIK

Secara keseluruhan patik suka versi Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik kali ini. Seperti yang patik sangka, watak awang dan watak inang sangat terbaik. Lawak yang mereka lakukan adalah lawak semasa yang memang kita semua maklum. Mungkin orang akan mempersoalkan lawak yang ditonjolkan agak keterlaluan, tapi bagi patik lawak seperti ini yang menjadikan penonton dekat dengan cerita yang disampaikan. 

Watak puteri 12 beradik yang memang pandai menyanyi memang tidak dapat disangkalkan. Siapa sangka mereka menyanyikan lirik dengan baik sekali. Bukan mudah bagi patik dialek yang digunakan adalah dialek Negeri Kedah yang agak lama kalau tidak salah patik. Jadi bukan mudah untuk menghafal lirik lagu yang bukan bahasa normal kita. Itu patik beri kredit. 

Semuanya memang seronok dan menghiburkan. Bagi patik pementasan seperti ini sangat perlu dijaga oleh pihak tertentu supa ianya tidak hilang dari masyarakat Melayu kita. 

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Apa pun terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atas jemputan ini dan sememangnya patik sangat look forward untuk menonton sesuatu yang kearah budaya tidak kira budaya daripada bangsa mana pun di Malaysia. Sekali lagi terima kasih. 


Kredit foto: www.mekonie.com

You Might Also Like

0 komen