PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS? PEMUDA INI BERKONGSI PANDANGAN

Wednesday, March 20, 2019

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS? PEMUDA INI BERKONGSI PANDANGAN | Tidak ingin sekadar mengikut trend. Menjadi event coordinator adalah amanah berat yang digalas penuh tanggunjwab bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis dan memelihara maruah tuan rumah dimata para tetamu.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Tidak hanya cukup sekadar berpakaian cantik dan menjadi "props hidup" dalam majlis, tetapi event coordinator wajib menguasai kemahiran asas seperti, komunikasi beretika, kemahiran mengurus risiko, empathy, peka dengan ketidakbiasaan, serta berpengetahuan tentang protokol, adat dan tatacara pengandalian acara sesuai majlis yang dilangsungkan.

Sesiapa yang memohon untuk menyertai team coordinator kami perlu melalui proses penilaian asas dan advance untuk memastikan individu yang berkelayakan sahaja dipilih dan kemudian diberikan latihan serta simulasi.

Kordinator pula dibahagikan kepada beberapa bahagian penting termasuk teknikal, pengurusan tetamu, pengurusan keluarga, pengurusan rombongan, pengurusan pengantin dan pengurusan tetamu kenamaan berprotokol. Ini belum diambil kira yang akan terlibat langsung dengan pengurusan pentas, kawal selia trafik, jemputan berRSVP dan lain-lain hal yang tidak cukup untuk dijelaskan disini.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Majlis perkahwinan pula dilihat sebagai sebuah acara “reunion” keluarga dan jambatan bagi menyatukan dua buah keluarga besar, bahkan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang sekian lama tidak bertemu dan berkumpul, yang jauh mahupun yang sedia dekat.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Maka dengan sebab itulah, singa selaku perancang majlis perkahwinan dan event manager wajib mengambil peranan menerangkan dan meyakinkan pihak tuan rumah tentang apa yang menjadi kebiasaan dan apa yang mungkin tidak wajar dilakukan dalam sesebuah acara perkahwinan.

Dari pengalaman terdahulu saya ambil ikhtibar dan pengajaran. Dari kekurangan dan kesilapan kita perbaiki dan masih mencari ruang untuk jadi lebih baik dari diri kita yang sebelumnya.

Saya percaya bahawa pengurusan majlis yang cekap dan bersistem, akan memberi imej baik buat tuan rumah serta mampu menjadikan pasangan pengantin juga keluarga tersenyum gembira atas pelaburan yang dibuat untuk mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Saya sudah serasi dipanggil #singaevent dalam kalangan rakan bisnes bahkan pelanggan sendiri kerana memang posisi saya selaku event manager setiap kali sesebuah majlis dilangsungkan menuntut saya bersikap lebih tegas dan bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat bagi pihak tuan rumah untuk sebarang situasi termasuk situasi luar jangka.

Ramai yang mengambil kesempatan hari ini dengan menggelar diri mereka event coordinator tanpa memahami dan melaksanakan tugas sebagaimana yang sepatutnya, sesuatu yang amat menyedihkan dan tidak bertanggunjawab mengikut hemat saya.

Saya sendiri sebelum mengambil keputusan menubuhkan kumpulan coordinador ini, diberikan saya kesempatan dan masih berguru dengan individu yang amat saya hormati kerana ilmu yang beliau curahkan, dan beliau amat berpengalaman luas dalam bidang pengurusan acara, pengurusan adat dan majlis.

Saya ikuti secara dekat banyak majlis berprofil tinggi melibatkan protokol. Saya sendiri membuat permohonan khas untuk menghantar coordinator saya yang diketuai Pari, berkursus etika dan protokol di INTAN, kursus yang sama dihadiri pegawai pengelola adat dan protokol badan kerajaan dan istana.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Semuanya dilakukan demi memastikan apa yang saya jalankan adalah yang terkini dan mengikut garis panduan.

Mufti, Imam besar dan ahli agama juga turut menjadi rujukan kami untuk pastikan bahawa adat resam Melayu yang dipraktikan dan yang dilangsungkan tidak bercanggah dengan tatacara agama.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Ini semua tanggunjawab dan komitmen kami dalam memastikan semuanya tepat bukan rekaan mahupun syok sendiri. Bukan mudahla seperti yang awak semua sangkakan.

Apa pun, kami amatlah berbangga dapat berkhidmat dan menjayakan serta memberi kelainan yang cukup istimewa juga meninggalkan kesan pada setiap majlis yang kami kendalikan.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Penulisan dan perkongsian ini langsung tidak menjadikan kami lebih baik dari sesiapa, malah prinsip kami di Adala Concept, semakin banyak yang kami pelajari semakin bodoh semakin kerdil rasa kami ketandusan ilmu.

Ebit Adal aConcept 
Principle Consultant,
Adala Concept.

Kredit petikan daripada Ebit Adala Concept

You Might Also Like

0 komen