PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY SEDIA HADIAH LUMAYAN

Tuesday, March 05, 2019

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY SEDIA HADIAH LUMAYAN | Bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah pada 15 April 2019, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif untuk menganjurkan satu Pertandingan Vlog MBMB 2019.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Pertandingan menggunakan Vlog dipilih seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini. Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.

Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City berkonsepkan empat elemen iaitu Makan-makan @ Melaka City, Jalan-jalan @ Melaka City, Jom shooping @ Melaka City dan Culture @ Melaka City Melaka

SYARAT PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019

Bagi korang yang ingin turut serta bagi pertandingan ini, ni haaa patik sediakan syarat Pertandingan Vlog MBMB 2019.

  1. Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019
  2. Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
  3. Yuran Penyertaan : Warganegara : RM 100.00 | Antarabangsa : USD 50

Bayaran atas nama: 
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67

Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan. Bagi bagi hadiah tempat kedua , wang tunai RM5000.00, penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan manakala bagi hadiah tempat ketiga merupakan wang tunai berjumlah RM3000.00 penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Selain hadiah yang patik sebutkan diatas, turut diberikan juga hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

MENARIKNYA PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019

Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit SAHAJA ini akan dimuat naik ke platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan juga Youtube. Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik  makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang

Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share kat social media.

Menerusi vlogging ini juga, ianya akan memudahkan semua orang mendapat lebihi informasi dan juga tempat-tempat yang menarik di Melaka menerusi platform media sosial yang patik sebutkan tadi bagi sama-sama membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka 2019 secara khasnya.

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.

1. Norhaszurah
2. Shahida
3. Akmal

>> WEBSITE <<


PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Jadi apa lagi, patik menyeru pada korang yang mempunyai bakat didalam membuat vedio untuk turut serta didalam Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City.

#vlogMBMB
#vlogMBMB
#theuniquenessofmelakacity
#visitmelaka2019

You Might Also Like

0 komen