PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Monday, March 04, 2019

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN | Bila sebut badan NGO di Malaysia ni, patik rasa terlalu banyak muncul kumpulan NGO yang tampil membantu mereka-mereka yang mengalami masalah. Rasa sangat mulianya mereka yang tampil ingin membantu ini. Kalau nak mengharapkan seratus peratus kepada pihak kerajaan, patik rasa sudah tentu agak sedikit memakan masa danalhamdulillah kumpulan NGO ini ada membantu mereka yang memerlukan. 

Sebut sahaja kumpulan NGO, patik teringat dengan kumpulan NGO yang pernah bekerjasama dengan patik tempoh hari iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan tak sangka kerjasama itu membuatkan kita boleh meneruskan kerjasama seterusnya. 

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang dikendalikan oleh mereka yang bagi patik lebih kurang sebaya dengan patik yang sangat begitu optimis dengan kerja sukarelawan ini telah melakukan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka yang memerlukan. Program anjuran mereka yang dipanggil PURE HEART telah memberi banyak impak kepada mereka sebagai kumpulan NGO. 

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

PURE HEART merupakan sebuah program berfasa yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah seisi keluarga agar dapat meneruskan kehidupan harian. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.

Dengan program PURE HEART ini, pada tahun 2016 mreka telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 - Anugerah Perdana Menteri. Jadi memasuki tahun 2019, sudah 4 tahun mereka menjalankan program PURE HEART ini. Untuk pengetahuan korang, program ini akan berlangsung selama 10 bulan bermula bulan Februari sehingga Disember setiap tahun. 

SIAPA YANG BERHAK TERIMA BANTUAN PURE HEART INI

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Apa yang patik dapat tahun sepanjang 4 tahun menjalankan program ini, sebanyak 3790 orang yang telah mereka bantu dan jumlah ini sangat-sangat menujukkan masih ramai orang diluar sana memerlukan bantuan daripada mereka yang berkemampuan. 
  • 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
  • 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
  • 2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
  • 2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

Nampak sangat program PURE HEART yang dilakukan oleh MVM ini boleh membantu banyak keluarga yang berpendapatan RM 1,500 dan kebawah bagi isi rumah. Bagi mendapatkan maklumat mereka yang memerlukan, pihak MVM bekerjasama dengan Pusat Zakat Selangor bagi mengenal pasti mereka yang betul-betul memerlukan. 

BANTUAN PURE HEART

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Secara umumnya, PURE HEART terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa bantuan asas, fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitmen. Jom kita lihat satu persatu fasa dengan lebih jelas.

a) Fasa Bantuan Asas

Dalam fasa ini, MVM memfokuskan keperluan barangan asas kepada penerima bantuan. Lazimnya, penerima bantuan akan mendapat kotak PURE HEART yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Bukan sahaja kepada keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini yang berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.

b) Fasa Bantuan Kemahiran

Bagi memastikan golongan asnaf ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan golongan lain seiring dengan cabaran ekonomi, MVM telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skill dan kemahiran. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain.

c) Fasa Bantuan Komitmen

MVM melihat ada antara keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Justeru, MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan. Selain itu, MVM turut menawarkan peluang menunaikan umrah kepada keluarga yang paling komited dalam program PURE HEART sepanjang tahun.

Menariknya pada tahun 2019 ini, MVM juga meneruskan usaha untuk membawa keluarga asnaf untuk mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang memberi komitmen penuh sepanjang program PURE HEART ini berlangsung.

KELAINAN PURE HEART 2019

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Bersempena tahun baru 2019 ini, MVM telah tempil dengan beberapa idea baru sebagai membantu penambahbaikan idea yang sedia ada seperti Kempen Lunch Box Junior, Kempen Dapur Berasap Keluarga Bahagia dan Kempen Wakaf Buku Si Cilik. Jommm patik terangkan apa kelainan kempen ini.

a) Kempen Lunch Box Junior
Untuk tahun ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.

b) Kempen Dapur Berasap Keluarga Bahagia
Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk berinfak sedikit barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut :

Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Landmark: Berdekatan stesen LRT Puchong Prima

 Waze: K3 Farmasi / Luni Collection

Telefon: 012 235 6854 (Azizi) 

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik
Kempen khas untuk PURE HEART pada bulan Februari 2019 ini yang bertajuk Wakaf Buku Si Cilik adalah sesuatu pembaharuan ygang dibawakan oleh MVM. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. 

Kempen ini dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. Orang awam boleh wakafkan buku-buku terpakai yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak atau Al-Quran dan Muqaddam.

Korang yang ingin menyumbang bolehlah menghantar atau pos buku-buku tersebut ke:

HQ Muslim Volunteer Malaysia
12-1 Jalan Merbah 2, 
Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong,
Selangor.

Waze : Muslim Volunteer Malaysia

Telefon: 012 235 6854 (Azizi) 

SUMBANGAN ANDA UNTUK ASNAF PURE HEART

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Bagi korang yang ingin menyumbang untuk asnaf PURE HEART ini, pihak MVM membuka peluang kepada korang untuk menyumbang. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan keperluan harian untuk diberikan kepada keluarga asnaf PURE HEART.

Barangan bantuan ini akan dibungkus dalam kotak PURE HEART khas. Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
  • Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Maklumat tajaan :
• 1 tajaan Kotak PURE HEART = RM80 untuk 1 keluarga.
• Sasaran = 250 keluarga
• Jumlah sasaran = RM 20,000 /sebulan atau RM 200,000 /10 bulan

Selain korang boleh membuat sumbangan dalam bentuk barangan, korang juga boleh menyumbang dalam bentuk kewangan. Ini adalah beberapa pilihan tajaan sumbangan:

Tajaan Sebulan:
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaa atau ingin menyumbang terus kepada pihak MVM, ini adalah informasi yang boleh patik kongsikan dekat korang. Semoga ianya sedikit sebanyak membantu sebaran ini.

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Email: fund@mvm.org.my
Telefon: +603-8074 0434 / 012 235 6854


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER


You Might Also Like

0 komen