JENAMA KURTA 5 WAKTU TAMPIL DENGAN BUTIK FIZIKAL DI BANDAR BARU BANGI

Monday, April 29, 2019


JENAMA KURTA 5 WAKTU TAMPIL DENGAN BUTIK FIZIKAL DI BANDAR BARU BANGI | Siapa tidak kenal dengan sebuah jenama kurta 5 waktu yang agak viral dan popular dikalangan golongan lelaki kerana potongan yang menepati badan dan juga rekaan yang sangat sesuai dengan golongan lelaki hari ini. 

Sebelum ini patik hanya mengenali kurta 5 waktu ini apabila melihat rakan patik yang menggayakan antara koleksi yang ada dibutik Pen Merah yang berlokasi di Bangi Sentral. Sebuah kawasan fesyen yang sangat sibuk di Bandar Baru Bangi. Kebetulan patik sememangnya orang asal Bandar Baru Bangi, memang telah masak dengan keadaan di Bangi Sentral itu lebih-lebih lagi nak masuk musim Hari Raya. 

Butik 5 Waktu
Butik 5 Waktu
Terbaru, patik dapat tahu yang jenama kurta 5 Waktu ini telah membuka butik fizikal mereka yang terletak di Sri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Disebabkan lokasinya yang terlalu dekat dengan rumah patik, patik tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke butik mereka dan melihat sendiri koleksi mereka secara dekat.

Kehadiran pengunjung yang memenuhi Butik 5 Waktu, Bandar Baru Bangi
Pengunjung sabar menunggu untuk masuk kedalam Butik 5 Waktu
Pelanggan telah mula membanjiri perkarangan Butik 5 Waktu ini seawal jam 8.00 pagi kerana khabarnya pihak butik telah menyediakan hadiah istimewa sebanyak 100 hadiah. Kalau korang berada disituasi sebegini patik tak tahu bagaimana kesabaran korang yeee untuk masuk membeli belah dengan keadaan sebegini. Tapi kesemua yang hadir sangat sabar menunggu sehingga mereka dibenarkan masuk kedalam 

Kehadiran pengunjung yang memenuhi Butik 5 Waktu, Bandar Baru Bangi
Kehadiran pengunjung yang memenuhi Butik 5 Waktu, Bandar Baru Bangi
Bila keadaan diluar agak padat, masuk kedalam butik ini, manusia juga telah memanuhi segenap ruang butik. Masing-masing datang untuk merebut peluang untuk membeli kurta yang telah diberi pada harga yang sangat-sangat istimewa sempena pembuakan rasmi Butik 5 Waktu ini.

Koleksi Kurta 5 waktu
Koleksi Kurta 5 waktu
Harga kurta yang sangat berbaloi
Harga kurta yang sangat berbaloi
Antara kurta 5 Waktu yang dipamerkan
Antara kurta 5 Waktu yang dipamerkan
Kalau ikutkan harga yang tertera, harga yang diberikan adalah yang terbaik dan sebab itu ramai pengunjung datang untuk merebut peluang pada harga yang sangat berpatutan. Mana tidaknya, kurta dan jubah diberikan pada harga yang sangat murah bermula pada RM59. Haaaa nampak kan


Patik sempat mencuba beberapa koleksi yang terdapat di Butik 5 Waktu dan yesss patik sukakan rekaan ini dan apa lagi, sempatlah patik beli beberapa helai kurta untuk digunakan apabila tibanya raya nanti. 

Airel Zafril, Wawa Zainal & Chazy Nash sebagai selebriti jemputan
Airel Zafril, Wawa Zainal & Chazy Nash sebagai selebriti jemputan
Selain harga diskaun yang hebat diberikan kepada pengunjung, pengunjung juga telah berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti yang menjadi ikon kepada koleksi kurta 5 Waktu iaitu Airel Zafril (pelakon) & juga Chazy Nash (instafamous).

Butik 5 Waktu, Bandar Baru Bangi
Butik 5 Waktu, Bandar Baru Bangi
Jadi kepada para jejaka diluar sana yang ingin mencari kurta lelaki yang selesa dengan rekaan yang ohsem, korang tak perlu nak pergi jejauh yeee sebab Butik 5 Waktu kini telah ada di Sri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Butik 5 Waktu, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi
Butik 5 Waktu, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi

BUTIK 5 WAKTU
(Seri Bangi) G10 Jalan 8/35 Seksyen 8 
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Telefon: 0122828907

Landmark: berhampiran Restoran RMSY Bandar Baru Bangi



FACEBOOK | INSTAGRAM


You Might Also Like

0 komen