MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

Thursday, June 13, 2019

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH | Sebenarnya jujur patik katakan sejak patik masuk berkhidmat di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM ni barulah patik terbuka untuk melihat pelbagai aktiviti yang diadakan di kampus utama UPM. Kalau dulu semasa di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, patik lebih aktif untuk melakukan aktiviti hanya didalam fakulti dan rupanya pelbagai aktiviti yang boleh kita turut serta di kampus utama UPM. 

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

Untuk julung-julung kalinya Entiti HEPA dengan kerjasama Dewan Besar, Pusat Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS) telah menganjurkan Majlis Iftar Mega UPM 2019. Patik  dan rakan kerja lain di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM ditugaskan untuk mengendalikan bahagian minuman sejuk dan panas. Anggaran yang diperlukan bagi persediaan ini adalah sebanyak 1000 orang. 

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

Sebanyak 7 gerai dibuka untuk agihan makanan antaranya iaitu 1000 bungkus makanan sumbangan daripada Menteri Besar Selangor, 1000 bungkus makanan  daripada sumbangan kedutaan Arab Saudi dan sumbangan selebihnya lagi daripada beberapa pihak lain yang terlibat. Kesemua makanan di setiap gerai telah diberikan secara percuma kepada mahasiswa yang hadir. Khabarnya jumlah keseluruhan yang hadir adalah lebih kurang 2000 orang pengunjung. 

Memang meriah suasana iftar tempoh hari dengan pelbagai aktiviti termasuklah persembahan Qasidah (Lintas langsung daripada TV9), persembahan daripada Putra Nahwan serta Majlis Pelancaran Gerobok Rezeki Ramadhan. 

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

Program diadakan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim dengan mengumpulkan  mahasiswa dan uga staf dibawah entiti HEPA di dalam satu program. Selain itu, ianya boleh memberi peluang kepada bangsa dan agama lain merasai suasana Ramadhan dalam Majlis Iftar Mega UPM 2019 ini. Patik dapat lihat mereka yang datang memang sangat gembira dan seronok. 

MAJLIS IFTAR MEGA UPM 2019 MERIAH

Semoga dengan penganjuran Majlis Iftar Mega UPM 2019 ini akan memberi 1001 pengalaman kepada pihak penganjur kerana ini adalah penganjuran kali pertama sebesar ini dan diharap pada tahun 2020 kita akan lihat Majlis Iftar Mega UPM 2020 akan berlangsung. 


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen