KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG

Friday, July 26, 2019

KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG

KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG | Siapa yang pernah ke Sungai Lembing, sudah pasti pernah mendengar sebuah jambatan gantung yang terdapat disana. Bagi korang yang tidak tahu, Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing ini merupakan jambatan gantung yang paling tua dan masih berfungsi dengan aktif dikawasan ini. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Apa yang menarinya jambatan gantung ini dengan jambatan gantung ditempat lain. Jambatan Gantung Kolong Pahat ini dikatakan oleh masyarakat disini adalah sebuah jambatan sudah berusia melebihi 100 tahun. Jambatan ini menghubungkan sebuah perkampungan cina diseberang sana. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Kalau korang tengok jambatan ini menjadi laluan utama bagi penduduk kampung disebelah sana untuk menyeberangi Sungai Lembing ini. Patik tidak tahu adakah telah ada jambatan baru atau jambatan yang memuatkan kenderaan yang lebih besar. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Apa yang menariknya sehinggakan jambatan ini masih lagi utuh? Ini adalah terdapat perusahaan makanan seperti mee, makanan ringan dan juga taufufa yang semuanya dibuat secara tradisional. Pendek kata, apa yang korang lihat di perkampungan cina ini adalah bagaikan sebuah perkampungan cina yang lama yang masih mengamalkan aktiviti secara tradisional. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Kredit foto: http://agarakutidaklupa.blogspot.com
Seronok bila patik berpeluang untuk melihat sendiri kawasan yang bagi patik masih terjaga daripada hiruk pikuk pembangunan duniawi ini. Harapnya kawasan seperti ini dapat dikekalkan supaya generasi akan datang dapat melihat kehidupan silam masyarakat Malaysia. 


You Might Also Like

0 komen