PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA?

Thursday, July 25, 2019

PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA?

PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA? | Pada yang belum mengetahui yang patik dan Che De Vini tidak lama lagi akan menerima orang baru dalam keluarga kecil kami. Rezeki yang hanya Allah saja yang tahu saatnya. Bagaimana perasaan kami pasangan yang baru berkahwin dan alhamdulillah bakal menerima cahaya mata. 

Antenatal Class
Gambar sekadar hiasan
Ada orang bertanya dekat patik tentang persediaan untuk menerima cahaya mata baru. Persiapan patik dari segi mental, fizikal, poket dan sebagainya. Siapa tidak runsing untuk menerima benda baru. Tapi patik yakin, Allah itu pemberi rezeki. Pasti ada kebaikan selepas dia berikan kita sesuatu bukan?

Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur
Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur
Untuk entri kali ini patik ingin kongsikan dengan korang PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA IBU BAPA? Sebagai benda baru, patik boleh katakan ianya PERLU / WAJIB supaya kita bersedia dengan apa jua keadaan yang bakal kita hadapai. Semoga perkongsian ini akan menjadi panduan kepada korang yang membaca penulisan patik ini.

Antenatal Class
Antenatal Class
Patik dengan Che De Vini telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri bersama Hospital Pakar An-Nur untuk Antenatal Class ini sebagai persedaiaan kami bakal ibu dan ayah ini untuk menerima orang baru dalam keluarga kecil kami. 

Antenatal Class
Antenatal Class
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan hospital swasta di Malaysia yang patik tahu mengadakan Antenatal Class ini. Bagi yang akan melahirkan bayi di hospital swasta biasanya mereka terdedah dengan informasi seperti ini. Tetapi bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan, kelas seperti ini boleh korang sertai dengan mana-mana hospital swasta dengan kadar bayaran tertentu. 

Antenatal Class
Gambar sekadar hiasan
Bagi Antenatal Class yang diadakan oleh Hospital Pakar An-Nur, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 untuk sepasang. Dengan harga ini, korang akan mempelajari banyak benda dan juga makan minum juga disediakan. Agak berpatutan bagi patik dengan harga yang dikenakan bagi sepasang keluarga. 

Jadual Antenatal Class
Jadual Antenatal Class
Jadi sepanjang sehari, apa yang korang perhatikan pada jadual ini yang patik dan Che De Vini lakukan. Sebuah program yang sangat mencakupi keseluruhan sebagai persediaan kami untuk menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata yang baru nanti. 

Antenatal Class
Antenatal Class
Dalam banyak-banyak slot didalam jadual ni, patik suka dengan slot Kelahiran Dalam Islam, Husband's Role & Post Natal Care, Care of Newborn dan juga aktiviti Latihan Senaman Lantai. Program yang bukan sahaja mengajar, tetapi kami kaum lelaki juga berpeluang untuk lebih mengetahui keadaan pasangan kita bagaimana dan apa yang dilakukan oleh mereka. 

Antenatal Class

Apa pun terima kasih kepada An-Nur Specialist Hospital atas penganjuran program Antenatal Class yang sangat bagus seperti ini. Bagi pandangan patik, korang diluar sana yang mungkin rasa dahagakan ilmu seperti ini, patik cadangkan korang mendaftarkan diri untuk program Antenatal Class di An-Nur Specialist Hospital. Sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah:

Hospital Pakar An-Nur
Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

Telefon:
03-8923 5500


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<




You Might Also Like

0 komen