WARUNK MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA MANGO SHAKE DAN BUBBLE TEA

Wednesday, July 24, 2019

WARUNK MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA MANGO SHAKE DAN BUBBLE TEA

WARUNK MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA MANGO SHAKE DAN BUBBLE TEA | Maaf laaa yeee kalau tajuk tidak akan menggambarkan apa yang akan korang baca pada penulisan patik ini.  Hahaha

Sebenarnya tempoh hari Che De Vini which is wife patik ada mengajak patik untuk ke Semenyih bagi melihat barang-barang keperluan bayi yang khabarnya tengah ada sales yang kaww gila murah. Jadi patik pun melayankan jeeee.

Selesai melihat-lihat barang dikedai yang dimaksudkan, Che De Vini mengajak patik untuk minum petang disebuah kedai makan yang dia sendiri pernah lepak dengan kawan-kawan dia. Kedai yang dimaksudkan adalah Cafe Mangoshake yang terletak di Semenyih 

CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
Untuk pengetahuan korang, lokasi Cafe Mangoshake ini adalah dideretan kedai yang ada disana berhadapan dengan kawasan pembangunan bangunan. Tapi jangan risau sebab lokasi kedai ini memang bersih dan tidak perlu korang ragu lagi.

CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
Suasana kedai yang terbuka bagi patik sangat minimalis dan sangat santai untuk korang datang lepak bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
Cara untuk membuat tempahan, korang perlu mengisi borang yang tersedia diatas meja dan selesai memilih menu yang korang nak makan, korang perlu hantarnya terus ke kaunter tempahan. Untuk kali ni patik nak cuba Chicken Chop yang kalau tengok harganya agak berpatutan dan Che The Vini patik mencuba Chicken Meat Ball (yang patik bayangkan seperti makan di IKEA. Hehehe)

CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA

Selepas menunggu dalam 15 minit, menu yang kami tempah pun tiba. Nampak mengiurkan menu yang tiba ni haaa. Apa yang menariknya, menu yang kami tempah ini memang dibuat panas-panas bergantung kepada permintaan. Ada sesetengah tempat tu memang sudah siap sedia. Tinggal nak senduk dan hidang. Tapi ini memang segar dari dapur. 

CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
CAFE MANGOSHAKE SEMENYIH DISERBU PELANGGAN YANG GILA BUBBLE TEA
Untuk minuman pula, bila dah sampai dekat Cafe Mangoshake ni, Che De Vini memang semestinya Mango Shake akan ditempah dan patik cuba pula Milk Bubble Tea yang memang tengah trend dimana-mana kedai makan. Jadi apa kata kita cuba rasanya disini pula. 

Secara keseluruhan apa yang boleh patik komen terhadap keseluruhan Cafe Mangoshake termasuklah menunya adalah:

Persekitaran: ⭐⭐⭐⭐
Kebersihan: ⭐⭐⭐⭐
Menu: ⭐⭐⭐⭐

Kalau korang nak cuba menu yang patik telah cuba ni, korang boleh datang terus ke lokasi seperti berikut:

CAFE MANGOSHAKE
No 45, Jln Ecohill 1/5B, 
Setia EcoHill
43500 Semenyih 

Telefon:
011-5500 3493

Waze:
Warunk Mangoshake



>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen