TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA

Friday, August 02, 2019

TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA

TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA | Orang Malaysia memang sinonim dengan menu yang pedas-pedas. Korang namakan saja makanan apa yang pedas yang menjadi pilihan orang Malaysia. Nasi Lemak, Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas, semuanya menu ini memang menjadi pilihan tekak orang Malaysia. 

Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Tak nak kalah dengan menu yang sedia ada, Tauke Jambu juga bijak mengambil peluang dengan menghasikan menu yang boleh patik katakan pedas. Mie Keren yang kini dibuka di Food Monger, Cyberjaya adalah taruhan bagi seorang pelawak. 

Menu Mie Keren
Menu Mie Keren
Menurut Tauke Jambu, menu yang ada di Mie Keren ini adalah cetusan idea daripada beliau sendiri setelah berjalan-jalan di Jakarta dimana disana mereka disana memang begitu sinonim dengan menu yang berasaskan mee daripada INDOMEE dan juga Mi Sedap

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Berlainan dengan citarasa Indonesia, Tauke Jambu menambah cita rasa mee tersebut dengan menambah tahap kepedasan bermula dengan tahap kepedasan yang boleh korang minta seperti GEGIRL, BERAPI atau BERAHI. Bagi korang yang gemarkan pedas lebih, korang mungkin boleh mencuba tahap BERAHI. Oh yaaa semua tahap kepedasan ini adalah atas tanggungan risiko sendiri yee. Hehehehe.

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Terdapat 8 jenis menu berasakan mee yang korang boleh pilih. Patik sempat menjamah serba sikit untuk setiap hidangan mee. Semua bagi patik memang sangat jarang kita rasa untuk versi yang ada di Malaysia. 

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
 Ini adalah 8 jenis menu yang dipertaruhkan oleh Tauke Jambu di gerai Mie Keren yang terletak di Food Monger, Cyberjaya. Untuk pengetahuan korang, menu yang dihidangkan ini bermula pada harga RM6.00. Agak berpatutuan untuk korang nikmati menu seperti ini. 

Menu Mie Keren
Menu Mie Keren
Soto Keren, Medan, Tek Kicap, Keju, Bencong, Matah, Sambal Keren dan Pedas Cinta. Dalam banyak-banyak menu yang dihidangkan patik lebih gemarkan Sambal Keren dan Bencong. Lebih sedap lagi bila korang tambah dengan sambal dengan tahap kepedasan yang korang minta. Perghhhh memang sedap. Panas-panas campur pedas memang sedap!!

Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Bagi korang yang ingin mencuba tahap kepedasan yang ada di Mie Keren, korang boleh datang di Food Monger, Cyberjaya dan cuba sendiri menu yang ditawarkan disini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.


FOOD MONGER
C-01-03, Tamarind Square, 
Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan


>> INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen