PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43

Monday, December 30, 2019

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43 | Seperti kebiasaan setiap tahun patik akan bertugas semasa Majlis Konvokesyen di UPM. Untuk setiap majlis graduasi, pelbagai reaksi pelajar patik hadapai dan lihat dengan mata kepala sendiri bila berada diatas pentas apabila menerima skrol masing-masing. Ada yang topi hampir terjatuh, ada yang jubah senget dan sebagainya. Pendek kata, pelabagai gelagat boleh diihat apabila berada diatas pentas. 

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
Berbalik kepada cerita patik bertugas bersama Tuanku Canselor ini merupakan pengalaman kedua patik selepas lebih kurang 2 3 tahun tidak terpilih untuk bertugas bersama Tuanku Canselor. Untuk Majlis Konvokesyen Ke-43 UPM ini peluang sekali lagi patik terima sebagai Pembantu Pendaftar.

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43


APA FUNGSI PEMBANTU PENDAFTAR

Oh yaa sebelum itu meh sini patik ceritakan apa fungsi patik dan 3 rakan lain yang berjubah hijau semasa berlangsungnya istiada konvokesyen di UPM. Kami yang memakai jubah hijau ini akan bertugas bersama Pendaftar sebagai Pembantu Pendaftar. Fungsi Pembantu Pendaftar ini akan bertindak sebagai pepandu kepada perarakan besar masuk kedalam Dewan Besar. Maka para akademik dan sebegainya akan mengikuti kami dari belakang. 

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
Selain menjadi pepandu kepada perarakan besar, tugas kami juga agak kritikal bila berada diatas pentas. Kami bertindak sebagai penyedia skrol dimana skrol ini akan diberikan kepada semua graduan yang bergraduasi. Bermaksud, kami akan menyusun dan memastikan skrol yang diberikan adalah betul sebelum diberikan kepada penerima.

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
Skrol PhD dan Master mempunyai tanda sendiri dan begitu juga dengan skrol ijazah dan juga diploma. Bukan mudah yee tugas kami sebegai Pembantu Pendaftar diatas pentas. Mungkin yang melihat dari bawah akan mengatakan "alaaahhh senang jeeee. Susun, kira dan bagi jeee laaa skrol tu". Yaaaa nampak senang tetapi untuk memastikan keadaan diatas pentas itu kemas dan tidak nampak serabut, kami perlu menyusun langkah kami dengan begitu teliti supaya tidak nampak hari biru orang masyarakat dibawah.

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43
Pengalaman bertugas semasa Majlis Konvokeyen UPM Ke-43 akan menjadi pengalaman indah tahun 2019. Since 2019 pun dah nak melabuhkan tirai, maka patik kungsikan pengalaman patik dapat bertugas bersama Tuanku Canselor tempoh hari. Semoga tahun 2020 akan datang akan memberi banyak pengalaman manis buat patik didalam kerjaya patik. Amin. 



You Might Also Like

0 komen