Posts

Showing posts from March 4, 2019

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Image
PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN | Bila sebut badan NGO di Malaysia ni, patik rasa terlalu banyak muncul kumpulan NGO yang tampil membantu mereka-mereka yang mengalami masalah. Rasa sangat mulianya mereka yang tampil ingin membantu ini. Kalau nak mengharapkan seratus peratus kepada pihak kerajaan, patik rasa sudah tentu agak sedikit memakan masa danalhamdulillah kumpulan NGO ini ada membantu mereka yang memerlukan.  Sebut sahaja kumpulan NGO, patik teringat dengan kumpulan NGO yang pernah bekerjasama dengan patik tempoh hari iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan tak sangka kerjasama itu membuatkan kita boleh meneruskan kerjasama seterusnya.  Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang dikendalikan oleh mereka yang bagi patik lebih kurang sebaya dengan patik yang sangat begitu optimis dengan kerja sukarelawan ini telah melakukan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka yang memerlukan. Program anjuran mereka yang dipanggil PURE HEART