Posts

Showing posts from March 28, 2019

MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU

Image
MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN BERKONSEPKAN TRADISIONAL MELAYU | Betul orang kata, majlis perkahwinan ni adalah majlis yang seai seumur hidup dan kalau boleh buatlah sesuatu yang sederhana dan tidak terlalu membazir. Sebenarnya patik telah lama impikan sebuah majlis perkahwinan yang berkonsepkan tradisional melayu yang ada konsep kain songket, ada hulubalang yang mengiringi pengantin dan juga tarian penuh tradisi memeriahkan lagi majlis. Siapa yang kenal patik mesti tahu yang patik memang sukakan kebudayaan melayu, tarian, muzik tradisional melayu dan sebagainya yang kearah budaya melayu. PAKAIAN PENGANTIN TRADISIONAL MELAYU Alhamdulillah terima kasih Allah atas izin-Nya kerana majlis yang patik impikan seperti yang patik impikan telah menjadi kenyataan apabila sebuah majlis yang bagi patik sangat sempurna telah dirialisasikan. Jujur cakap, pada awalnya patik langsung tidak berkenan dengan songket dan lebih benci lagi ianya berwarna kuning yang ala-ala kuning raj