Posts

Showing posts from March 29, 2019

PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK DI MATIC KUALA LUMPUR

Image
PEMENTASAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK DI MATIC KUALA LUMPUR | Tempoh hari patik telah sama-sama menyaksikan pementasan Teater Tradisional Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik  yang telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MaTic) Kuala Lumpur.  Sebelum ini patik telah menonton Teater Mek Mulung tetapi berlainan versi iaitu Teater Mek Mulung Putera Cahaya Bulan tetapi yang terbaru ni patik baru sahaja menonton Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik . Barulah patik tahu yang sebenarnya Teater Mek Mulung ini mempunyai pelbagai "episod" sebagai hiburan untuk masyarakat khususnya masyarakat Melayu di Negri Kedah.  Mek Mulung (atau Mek Mulong) ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia telah menjadi hiburan rakyat di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi. Pementasan Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik ini telah dijayakan oleh