NASI LEMAK KUKUS THE TONG KAJANG KHABARNYA POPULAR? JOM KITA CUBA

Friday, January 31, 2020

NASI LEMAK KUKUS THE TONG KAJANG KHABARNYA POPULAR? JOM KITA CUBA | Tempoh hari agak kecoh didalam group facebook bercakap pasal nasi lemak kukus sedap dekat Jalan Reko, Kajang. Nasi Lemak Kukus The Tong adalah nasi lemak yang heboh dikatakan tu khabarnya sedap yeeee.

Since patik adalah penggemar nasi lemak, jadi patik teringin nak cuba Nasi Lemak Kukus The Tong ini. Untuk pembaca blog patik, ini adalah pengalaman tekak patik sahaja. Tiada istilah untuk mengangkat atau menjatuhkan perniagaan orang tau. Sekadar perkongsian dan terpulang kepada lidah masing-masing pada Nasi Lemak Kukus The Tong ini yeee. Lain orang lain tekaknye yeee. 

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Jadi tempoh hari patik dan juga Puan Isteri bersama Baby Aleesa datang ke De Selera Place yang berlokasi di Jalan Reko, Kajang. Kalau korang waze lokasi ni mesti boleh sampai terus kesini.

Nasi Lemak Kukus The Tong
Untuk pengetahuan korang, De Selera Place ni sama seperti medan selera yang mana didalamnya terdapat banyak lot kedai yang menyediakan pelbagai menu yang boleh korang rasa sendiri. Apa yang patik nampak ada yang menjual rojak dan cendol, ada yang menjual nasi campur dan pelbagai menu yang nampak menyelerakan.

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Selain itu bagi patik tempat yang sangat santai dekorasinya seakan mengundang korang yang lalu tepi jalan untuk berhenti dan melihat apa yang ada didalamnya. Sangat simple dan memang sesuai untuk korang sekelurga atau keluarga datang untuk sarapan pagi mahupun makan tengahari kerana tempat ini hanya akan beroperasi sehingga petang sahaja. 

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Berbalik kepada niat patik yang datang dari Bandar Baru Bangi kesini untuk menikmati nasi lemak yang hangat diperkatakan orang ramai iaitu Nasi Lemak Kukus The Tong. Apa yang patik dengar daripada penulisan di Facebook, keunikkan nasi lemak disini adalah terletak pada nasinya yang khabarnya dikukus selama 6 jam sebelum dihidangkan kepada orang ramai. Didalam fikiran patik sudah tentu kelembutan dan kelikatan nasi yang pasti akan mengundang patik kembali lagi dan lagi dan lagi. Hehehe. 

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Jadi impian patik untuk menikmati nasi lemak ini akan termakbul sebab masa patik sampai, alhamdulillah pengunjung tidak ramai lagi. Jadi mudah untuk patik memilih menu yang patik berkenan.

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Apa yang patik lihat menu yang dihidangkan tidak terlalu banyak. Menu popular yang patik yakin menjadi pilihan adalah lauk paru, sotong dan kerang selain menu gorengan lain seperti ayam goreng dan sotong goreng. Kelihatannye agak menyelerakan.


Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong

Ini adalah 2 menu yang menjadi pilihan patik dan Puan Isteri iaitu nasi lemak lauk paru dan nasi lemak lauk ayam goreng. Ayam goreng yang patik lihat ni memang sangat menyelerakan dan rangup. 

Ulasan patik: 

Apa yang boleh patik simpulkan disini berkenaan Nasi Lemak Kukus The Tong ini adalah boleh dimakan dan rasanya sedap tetapi ada perkara yang boleh diambil dilihat semula sebagai penambahbaikan:

  1. Nasi yang patik bayangkan dikukus selama 6 jam tu selembut dan selikat yang patik sangkakan adalah tidak sama sekali yeee. Nasinya bagi patik sebutir-sebutir. Mungkin ada teknik yang digunakan untuk menjadikan nasi terbentuk dalam sebutir-sebutir.
  2. Sambal sangat memainkan peranan dalam pembuatan nasi lemak. Namun sambal disini bagi patik tidak kena dengan nasi. Mungkin sesetengah orang suka, tapi bagi patik untuk mencuba sekali lagi itu tidak rasanya. 
  3. Ayam goreng memang TERBAIK sedapp !! Patik puji pada ayam goreng yang rangup, kejadiannya sangat menarik untuk patik makan. Memang terbaik !!

Nasi Lemak Kukus The Tong
Nasi Lemak Kukus The Tong
Apa pun ini hanyalah pendapat dari tekak patik. Kalau korang rasa Nasi Lemak Kukus The Tong ini sedap, terpulang. Sekali lagi patik tekankan, ini adalah pendapat patik dan bukan untuk menjatuhkan atau sebaliknya. Konsep yang unik Nasi Lemak Kukus The Tong yang sangat menarik untuk pengunjung datang. 

You Might Also Like

2 komen

  1. Tq for ur comment and advise..
    Saya dari pihak admin the tong menerima review puan dgn hati terbuka... Utk pengetahuan ramai..kami masih dalam tempoh r&d dan u are invited to come and have a try for improved recipe! Tq madam! For support..and sambal juga kami dah improve! Tq anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian sy ini hanya dari pandangan tekak sy yee admin. Mungkin nanti km boleh datang utk cuba makanan disana nanti sekali lagi.

      Delete