PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON

Tuesday, January 14, 2020

PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON | Tempoh hari patik dan keluarga mertua patik telah bercadang ke Port Dickson dengan tujuan untuk lepak santai dengan keluarga besar yang lain. Jadi kalau dah ketempat orang, benda yang patik suka adalah mencari lokasi makan menarik disekitar Port Dickson

Bila patik membuat carian di google, ramai yang kongsikan untuk datang ke PD Famous Cendol Coconnut Shake RM2. Khabarnya korang boleh dapat menu semurah RM2 disana. Bila patik mencari lokasinya di aplikasi waze, yesss lokasinya tidak jauh dari tempat tinggal patik. 

PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
Apa lagi patik, isteri dan ipar patik yang lain pun mula memandu mencari lokasi yang dimaksudkan. Lokasi yang bagi patik sangat strategik kerana ianya terletak betul-betul ditepi jalan. Korang yang menggunakan jalan ini sudah pasti akan nampak kemeriahan restoran ini menerima kedatangan korang. 

PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
Kebetulan pada masa patik sampai adalah musim cuti sekolah, pengunjung yang datang agak ramai dan patik boleh bayangkan kalau patik datang pada hujung minggu. Sudah semestinya bilangan pengunjung akan menjadi 2 3 kali ganda. Jadi jommm kita masuk untuk lihat apa yang menarik yang ada disini. 

PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON

Korang akan disambut dengan penanda PD Famous Cendol Coconut Shake RM2 yang orang kata tempat yang wajib korang kongsikan bilaman sudah sampai kesini. Untuk pengetahuan korang, disini mereka mempunyai banyak gerai-gerai kecil lain yang menjual pelbagai jenis menu lain seperti gerai goreng pisang, gerai lempang, gerai nasi kukus, gerai donut dan sebagainya dan untuk menu cendol dan cocnut shake, ini adalah lokasinya. 


PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
Kalau korang tengok pada senarai menu yang dipaparkan, dengan harga serendah RM2 korang boleh dapat secawan cocnut shake atau pun semangkuk candol. Memang sangat berpatutan yeee harga disini. Kiranya korang masih boleh lepak santai sambil menikmati coconut shake dan juga cendol disini.

Walaupun tempat ini menjadi viral, patik puji pada bahagian yang mengambil order. Sangat laju dan efisyen yeee. Korang boleh membuat tempahan pada masa yang singkat. Memang sangat mudah disini. 
  
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON
Cendol pulut dan cocnut share special mereka telah patik cuba. Dengan harga serendah RM2 korang boleh dapat minuman seperti ini. Sangat sesuai untuk lepak petang dengan keluarga atau sahabat rapat. 

Bagi korang yang ingin datang ke PD Famous Cendol Coconut Shake RM2 ini, korang boleh waze jeee lokasi ini dan pastinya korang akan sampai kesini. 

PD CENDOL COCONUT SHAKE RM2
Kampung Teluk Kemang, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan

Waktu operasi: 11.00 pagi - 7.00 petang


You Might Also Like

0 komen