PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM

Monday, January 13, 2020

PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM | Fungsi radio adalah bertujuan untuk menyampaikan informasi dan hebahan kepada orang luar berkenaan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada semua. Begitu juga dengan fungsi radio Putra FM. Tempoh hari patik telah dijemput ke stesen radio Putra FM bagi membuat hebahan berkenaan program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2020.

PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
Untuk pengetahuan korang, radio Putra FM dengan tagline Stesen Radio Kampus merupakan radio milik Universiti Putra Malaysia merupakan stesen radio kampus digital pertama IPTA di negara ini. 

PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
Berbalik kepada cerita yang patik hadir di radio Putra FM ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan semua pendengar berkenaan dengan program yang pejabat patik anjurkan dalam masa terdekat ini. Sebenarnya ini adalah pengalaman kedua patik hadir ke konti ini sebagai tetamu tetapi kali ini lebih seronok sikit kerana bos patik tidak ikut sama atas urusan lain.

Kalau dulu patik datang dengan beliau, memang sedikit kekok yeee bila ko kena bercakap depan bos ko. Rasa bercakap diatas awangan jeeee. Siapalah patik ni berbanding beliau yang sudah berpengalaman. Tapi ini adalah peluang yang sangat patik hargai bila patik bertugas ditempat baru ini. 

PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
DJ Zali adalah DJ yang bertugas semasa slot bersama patik. Patik sangat senang bila keudara dengan DJ Zali ni sebab beliau tahu bagaimana menguruskan gemuruh tetatmu yang hadir. Banyak soalan yang diajukan secara santai dengan tujuan untuk mendapatkan chemistry bersama tetamu. 

Tajuk yang patik kongsikan tempoh hari adalah UPM HIRE, Pertandingan Video Profil (VPro) dan juga My E-Portfolio. Ini adalah 3 aim patik kepada pelajar.

UPM HIRE
adalah sebuah platform carian kerja kepada pelajar dimana pelajar dapat menjana pendapatan mereka sendiri dengan perkhidmatan yang mereka berikan bergantung kepada kebolehan yang mereka miliki. 

Pertandingan Video Profil (VPro) adalah sebuah pertandingan menghasilkan video resume bagi menyahut seruan pihak industri yang menggalakkan pelajar menjadi seorang yang kreatif dalam menjual diri kepada pihak industri.

PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
PENGALAMAN MENJADI TETAMU DI RADIO PUTRA FM
Terima kasih patik ucapkan kepada rakan sekerja patik, Zul yang menemani patik selama sejam keudara walaupun suara beliau tidak kedengaran tapi tujuan kami adalah same iaitu untuk mengangkat dan membantu pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan di UPM.

Apa yang kami cuba lakukan adalah ingin membantu pelajar dalam mempersiapkan pelajar ini bagi menghadapi dunia realiti diluar sana yang lebih mencabar. 




You Might Also Like

0 komen