PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR

Thursday, January 16, 2020

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR | Bila sebut jeee fun fair, patik yakin ianya adalah sebuah lokasi yang penuh dengan warna-warni dek lampu yang sangat memacar memangil mereka untuk datang berkunjung. 

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Tempoh hari semasa kunjungan patik dan keluarga ke Port Dickson, patik sempat singgah ke fun fair yang ada disana. Sebenarnya fun fair ni patik dah perasan sudah lama dibina diatas tapak berhampiran roundabout tu haaa. Tidak silap patik dari zaman patik bujang dulu, fun fair tu masih beropersi sehingga kini. Masa tu sikit pun tiada perasaan nak masuk ketempat-tempat ini memandangkan ianya sekadar permainan biasa. 

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Sejak patik sudah beranak ni, benda yang cantik, comel semuanya akan membuatkan patik ingin melihat dengan lebih dekat. Begitu juga dengan fun fair ini yang akhirnya patik datang dan masuk dengan Puan Isteri dan juga anak kami si Aleesa. Kiranya ini adalah pengalaman pertama di kecil itu melihat dunia yang penuh warna-warni.

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Seperti kebiasaan fun fair, permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa menanti untuk hiburan. Patik seperti biasa tidak begitu berminat sangat sehinggalah Puan Isteri mengajak patik untuk mencuba bermain beberapa permainan yang ada didalam kawasan fun fair ini.

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Pelbagai permainan tersedia dalam pelbagai bentuk. Ada yang jenis baling-baling, ada yang jenis tembak-tembak dan ada yang jenis tuju-tuju. Patik sempat mencuba beberapa permainan disini antaranya yang berbaloi adalah permainan ceduk itik. Korang kena bijak untuk memilih itik mana yang sesuai mengikut gerak hati. Fikir punya fikir akhirnya ceduk dan bantal gebu dimenangi dengan cubaan ini. Yeeee patik tau ini dianggap sebagai taruhan, tapi niatkan sekadar untuk berhibur bersama keluarga. 

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Patik rasa mereka yang membuka fun fair ni memang dah cukup untung dengan apa yang telah mereka modalkan. Kiranya korang nak main permainan disini korang kena mempelajari helah-helah yang telah mereka cipta. Patik yakin setiap permainan ini mempunyai helah yang boleh korang pelajarinya dan boleh dapat pelbagai jenis hadiah. 

PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
PENGALAMAN PERTAMA ALEESA KE FUN FAIR
Jadinya ini adalah aktiviti kami yang sempat patik dan keluarga kecil patik luangkan dikala cuti panjang. Untuk luangkan masa bersama keluarga bagi patik tidak perlu dengan mengeluarkan kos yang besar. Apa yang penting kualiti masa yang diberikan itu adalah sangat berbaloi dengan apa yang kita rasa mampu. 

You Might Also Like

0 komen