SEDAP KE NASI DI RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI?

Tuesday, January 21, 2020

SEDAP KE NASI DI RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI? | Hari minggu yang lepas patik dan anak isteri patik sangat tepu duduk rumah. Dengan perangai anak yang sedikit meragam, jadi patik dan isteri bercadang untuk mencari angin luar jalan-jalan kemana saja tidak kira tempat.

Nak jadi kisah patik teringin nak singgah makan tengahari memandangkan patik dan isteri belum lagi makan tenghari. Jadi kami memandu ke Salman Nasi Kandar yang berlokasi di Sungai Tangkas Kajang. Sesampai di Salman Nasi Kandar, ya Allah ramainya manusia yang masih beratur walaupun jam menunjukkan sudah 3 petang.  

Kemudian patik bercadang untuk ke Nasi Kandar Melayu Apollo yang juga berada di Sungai Tangkas. Masa ni patik dah membayangkan keenakkan nasi dengan kuah kari yang banjir dan juga ayam goreng potong-potong yang panas. Malangnya Nasi Kandar Melayu Apollo sangat sesak dengan kumpulan kereta dan juga motor berkuasa besar. 

RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
Patik mula buntu dekat mana lagi yang perlu patik bawa isteri dan anak kecil patik untuk makan angin petang. Akhirnya patik cadangkan dengan isteri untuk lepak petang di Kayan Co Cafe yang terletak di Bangi Square, tidak jauh dari Nasi Kandar Melayu Apollo tu haaa. 

RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
Untuk pengetahuan korang Bangi Square ni adalah sebuah medan selera yang didalamnya terdapat banyak lagi gerai-gerai yang menyediakan makanan dan minuman yang korang boleh cuba. Hati patik mula berbolak balik. Tadi cadangnya nak singgah Kayan Co Cafe, tetapi lepas tengok deretan kedai lain, hati patik mula goyah. Rasa dereta kedai itu lebih menarik yeeee. 

RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
Mata patik terpandang suatu jenama yang macam patik pernah nampak semasa patik menonton Majalah 3 iaitu Restoran 3 Budak Gemok. Apa yang patik ingat, sambal dia memang sangat padu dan memang pedas. Siapa yang tidak tahan pedas boleh tolak tepi yeee dengan cili tu. Orang sudah mula membuat barisan untuk menunggu giliran yeee. 

RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
Akhirnya patik mengambil keputusan untuk mencuba nasi daripada 3 Budak Gemok ini. Menarik nasi daripada 3 Budak Gemok ini adalah pada Ayam Kicap dia yang memang sangat lain dari kita masak dekat rumah. 

RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI
Menu yang sangat mudah, hanya nasi putih, sambal yang pedas dan juga ayam kicap. Telur goreng itu adalah menu tambahan yang boleh korang minta tambah didalam makanan korang. Untuk menu seperti ini pada harga RM8.00 (nasi + ayam kicap + sambal padu & timun) dan RM2.00 (telur goreng) adalah sedikit agak mahal. Patik ingat harganya dalam lingkungan RM5.00 - RM6.00 pada mulanya. Ini adalah pendapat patik saja. Tak apa kita cuba bagaimana pula rasa secara keseluruhannya yee. 

Keseluruhan ayam kicap dia memang lain dari yang lain. Kata orang kalau untuk merasa nasi daripada 3 Budak Gemok ini, yaaa patik sudah rasa. Lain orang lain rasanya. 

Menu: ⭐⭐⭐⭐
Persekitaran: ⭐⭐⭐
Harga: ⭐⭐⭐

Kalau korang nak cuba rasa nasi 3 Budak Gemok ini, korang boleh datang ke Bangi Square dan korang boleh cari Restoran 3 Budak Gemok

You Might Also Like

0 komen