FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34 (AJL34) BERDEBAR MENANTI MALAM KEMUNCAK

Monday, February 03, 2020

FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34 (AJL34) BERDEBAR MENANTI MALAM KEMUNCAK | Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 akan berlangung tidak lama jeee pagi iaitu pada 9 Feb 2020. Kiranya tak lama jee lagi majlis anugerah yang menghimpunkan karya-karya muzik diatas satu pentas ini akan bermula. 

FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34

Patik secara peribadi pun tidak sabar untuk melihat sendiri karya yang dipertandingkan serta persembahan artis-artis yang bertanding. Kalau dulu patik hanya mampu melihat dikaca televisyen sahaja. Tetapi kini korang boleh berpeluang untuk datang sendiri melihat secara langsung di Stadium Axiata Arean, Bukit Jalil. 

FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34
Hafiz Suip
Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti. 

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. 

“Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya. 

FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34
Aina Abdul - Sumpah
Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri. 

AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.

Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. 

FINALIST ANUGERAH JUARA LAGU 34
Naim Danial - Sumpah
“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.

Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita). Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).

Sementara itu, korang yang masih belum mendapatkan tiket masuk ke AJL34 masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. Jadilah orang kata sebab patik juga pernah beberapa kali ke Anugerah Juara Lagu sebelum ini melihat secara live. 

[TIKET BELI DISINI]


You Might Also Like

0 komen