HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK

Wednesday, February 26, 2020

HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK | Tempoh hari kebetulan mesyuarat patik habis agak awal dan masa makan tengahari pula sampai. jadi jom cari makan. Patik sempat singgah ke suatu tempat makan yang bagi patik agak unik yang berlokasi di MAEPS, Serdang. Siapa yang kaki kambing atau yang jenis suka makan menu berasaskan daging kambing mesti suka dengan lokasi yang bakal patik kongsikan sebentar lagi.

House of Kambing
House of Kambing
Memasuki kawasan MAEPS, Serdang rupanya didalamnya tersimpan suatu 'permata' yang sangat bernilai bagi mereka yang gemar menu yang berasaskan daging kambing. Restoran House of Kambing ini adalah lokasi yang patik nak kongsikan kepada korang. 

Kambing belaan di House of Kambing
Kambing belaan di House of Kambing
Sebelum memasuki kawasan ruang makan, korang dihidangkan dengan pemandangan hijau berhadapan dengan Restoran House of Kambing ni haaa yang terdapat beberapa ekor kambing yang dibela untuk tujuan jualan. Patik tengok kambing-kambing ni memang sihat dan segar. Korang tengok jee laa padang ragut dia yang hijau segar. Memang cantik bukan? 

House of Kambing
House of Kambing
Apa yang boleh patik katakan, konsep yang cuba dibawakan oleh Restoran House of Kambing ini adalah rustic dan kayu yang sangat santai. Korang bagai berada disebuah restoran pada zaman koboi. Haaaa cantik konsepnya. 

House of Kambing
House of Kambing
Since tujuan saya adalah untuk merasai hidangan kambing disini, jadi jom kita lihat apa yang dihidangkan disini. Melihat pada menu ini kebanyakkan menu yang dihidangkan adalah berasakan kambing seperti contoh, set kambing grill, nasi goreng kambing, mee goreng kambing, sup kambing, dan banyak lagi. 

Nasi Kukus Kambing Bakar
Nasi Kukus Kambing Bakar
Untuk hari ini patik nak mencuba menu Nasi Kukus Kambing Bakar. Untuk hidangan seperti ini harganya adalah RM10 yang khabarnya mengandungi nasi kukus putih, kambing bakar, kuah kari yang istimewa dan dihidangkan bersama sayur serta sambal belacan. Jadi ini pilihan patik untuk hari ini. 


House of Kambing sedia kambing yang sedap
Sebenarnya patik ni agak kurang gemar dengan kambing bakar disebabkan baunya yang kurang sedap ditekak bila menjamahnya. Tapi berlainan di House of Kambing ini, kambing yang dimasak dengan lada hitam dan kicap mungkin menyebabkan rasa hamis pada kambing itu hilang.

Nasi Kukus Kambing Bakar
Nasi Kukus Kambing Bakar
Kesedapan menu ini ditambah dengan kuah kari yang pekat dan memang cukup rasa. Siapa sangka menu yang dihidangkan sangat ringkas tapi memang sedap. Orang kata boleh ulang datang laaa bila kena sekali dengan menu ini.


Bagi korang yang ingin merasai menu kambing bakar di House of Kambing yang terletak di MAEPS Serdang ni, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut: 


HOUSE OF KAMBING
Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Masa Operasi: 
Ahad - Khamis 
11.00 pagi - 6.30 petang
Jumaat - TUTUP

Telefon:
016-880 2421


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen