HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Monday, June 29, 2020

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA | Tempoh hari adalah pengalaman pertama patik dan wife beserta anak kecil patik keluar daripada kawasan merentasi negeri menuju ke Negeri Melaka. Sebenarnya kami memang sudah lama tidak meluangkan masa bersama menghirup udara luar. Jadi kali ini Negeri Melaka menjadi lokasi jalan-jalan kami buat masa ini.

Sebenarnya cadangan ke Negeri Melaka ini telah diutarakan oleh wife patik dimana beliau bercadang untuk melawat keluarga angkat beliau disana. Jadi alang-alang dah datang ke Melaka, apa kata kita bermalam disana. 

Jadi patik pun buat carian di booking.com dan tiba-tiba patik ternampak hotel yang berkonsep superhero yang macam cantik. Tapi patik tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab kadang kala apa yang dipaparkan pada laman web tu kadang tu tudak seperti apa yang kita bayangkan. Jadi tidak mengapa, kita cuba untuk kali ini. 

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Fantasy Hotel Melaka menjadi pilihan bagi percutian singkat kami kali ini. Harga yang ditawarkan sangat mempu poket patik sekadar untuk berehat dan bermalam sebentar. Lokasi hotel ini sangat strategik yee sebab memang bersebelahan dengan Up Side Down House jeee dan memang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Memasuk ruang bilik kami, kami terperanjat dengan konsep dekorasi bilik yang diberikan kepada kami. Sangat comel, kemas dan cantik. 

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Apa yang terpapar dilaman web, memang seperti yang patik dapat. Secara keseluruhan patik, wife dan anak patik sangat seronok dengan perkhidmatan yang disedikan. 

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Patik boleh rasakan anak patik ini adalah orang yang paling seronok sebab lebih kurang 3 atau 4 bulan terperap dekat rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Bila dapat bilik yang warna warni, dia punya seronok dapat kami rasakan. 

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA
HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA


Yang menari tentang Fantasy Hotel Melaka ini. dekorasi bilik ini disertai dengan dekorasi patung-patung daripada superhero tersebut. Ni kalau jenis tangan gatal memang dah kena rembat dek mereka yang menginap ni. Mujurlah pihak hotel dah siap-siap lekatkan dengan gam yang kuat, jadi patung-patung pameran tu kekal ditempat yang sedia ada. 

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Diruangan lain pula korang akan dijamu dengan bahagian yang boleh dijadikan sebagai ruang gambar. Kiranya bahagian yang sesuai untuk korang abadikan sebagai kenangan bila datang menginap disini.

Bagi korang yang mungkin terasa ingin menginap dihotel yang berkonsep seperti Fantasy Hotel Melaka, korang boleh cuba datang kesini bersama anak-anak dan keluarga. 


Alamat: 
FANTASY HOTEL
G8, Jalan Pm 7,
 Plaza Mahkota, 
75000 Melaka


Telefon: 
06-292 6028



You Might Also Like

0 komen