AYAM BAKAR PASU TERLANGKUP PORT DICKSON LOKASI MAKAN VIRAL

Tuesday, September 01, 2020

AYAM BAKAR PASU TERLANGKUP PORT DICKSON LOKASI MAKAN VIRAL | Tempoh hari patik telah diminta untuk menghadiri suatu bengkel di Port Dickson untuk 2 hari 1 malam di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Nak jadi kisah bilik yang patik dapat tu adalah bersaiz besar dan sesuai kalau bawa anak isteri bersama sambil bercuti.

Selesai mendaftar masuk ke bilik, patik dan isteri bercadang untuk jalan-jalan cari makan disekitar Port Dickson. Dengan menggunakan carian di Google, beberapa cadangan telah muncul. Melihat keadaan jarak hotel dengan kawasan, akhirnya kami sepakat untuk terjah Ayam Bakar Pasu Terlangup. Khabarnya disana terdapat nasi ayam yang dihidang dengan ayam yang dibakar didalam pasu. Bagaimana rasa dan rupa ayam tersebut. Jom patik kongsikan.  


Perjalanan dari Avillion Admiral Cove Port Dickson ke Ayam Bakar Pasu Telangkup tidak mengambil masa yang lama dalam lebih kurang 15 minit dengan menggunakan bantuan aplikasi waze.

Sesampai dilokasi kedai makan, patik telah dihidangkan dengan bauan asap yang sangat sedap hasil daripada bakaran ayam yang katanya didalam pasu. 


Nak jadi kisah, patik sampai agak lewat petang dalam jam 3 lebih dan pengunjung sudah mulai surat. Jadi keadaan semasa patik datang tu sangat tenang dan tidak berebut kerana kalau patik datang semasa waktu puncak mungkin untuk duduk tu terpaksa mengambil masa orang lain habis makan, baru patik dapat duduk. 

Yaaaa untuk pengetahuan korang, keunikan ayam bakar disini adalah ianya dibakar didalam sebuah pasu. Setiap pasu mengandungi seekor ayam yang dibakar setelah diperap dengan bahan perapan yang sedap. Bau bakaran memang sedap !


Untuk pertama kali bagi patik merasai nasi ayam bakar pasu terlangkup, ianya sangat unik dan sedap. Bahan perapan yang sangat kena ditambah dengan bauan bakar tu membuatkan kita teruja untuk menikmatintya. Lebih menarik dengan sos pencicahnya yang rasa manis pedas menambahkan lagi selera.  


Bagi korang yang ingin mencuba menikmati hidangan nasi ayam bakar pasu terlangkup, korang boleh datang sendiri dan rasai kesedapan menu yang patik kongsikan. 

AYAM BAKAR PASU TERLANGKUP
5, Taman Bayu, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan

Telefon: 011-1462 5271



You Might Also Like

0 komen