SAMBUT HARI JADI INSAN TERSAYANG DI RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL

Monday, July 06, 2020

SAMBUT HARI JADI INSAN TERSAYANG DI RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL | Pernah tak korang terbayang menikmati makanan didalam sebuah restoran yang didekorasi seperti sebuah istana yang segalanya berwarna emas. Adakah bayangan itu wujud dialam nyata? Jawapannya adalah YA.

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Tempoh hari patik telah berpeluang ke sebuah restoran yang khabarnya dekorasinya semuanya berwarna emas termasuklah dengan perkakas sudu dan garfunya. Restoran yang patik maksudkan adalah The Ame Soeur yang terletak di Bukit Jalil. Sebenarnya patik telah sampai ke restoran ini semasa majlis perasmian program realiti Nur Sajat [BACA DISINI] yang juga berlangsung disini. 

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Kesinambungan daripada kedatangan patik ke restoran tersebut, patik telah berniat untuk membawa wife patik bagi menyambut hari kelahiran beliau disana. Sebenarnya beliau tidak tahu lokasi dimana yang akan patik bawa. Akhirnya impian untuk masuk dan makan didalam Restoran The Ame Soeur termakbul. 

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Patik telah menempah set celebration daripada mereka yang merangkumi menu pembuka selera, menu utama dan akhir sekali dengan menu pencuci mulut. Semuanya pada 1 harga. 

Yang menariknya disini adalah pada pelayan yang melayan kami. Semuanya adalah berbangsa melayu dan sangat baik. Perasaan ragu-ragu terhadap hidangan tu memang tidak sama sekali. Terbaiklah kalau macam tu. 

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Yang menariknya menu yang korang pilih tu akan dimasa secara segar. Maksudnya bila korang tempah baru tukang masak mereka akan kedapur untuk mula memasak.

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Ini adalah menu utama yang patik dan wife patik buat tempahan. Apa yang boleh patik katakan, menu yang disediakan disini adalah sangat memenuhi citarasa dan sangat segar. Korang boleh rasa bermula dengan penyediaan menu pembuka selera sehinggalah menu pencuci mulut. Semuanya sesuai dan kena dengan tempat dan penyediaan menu ini. 

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Diakhir hidangan, mereka menghidangkan kek yang telah patik tempah lebih awal. Ringkas dan sangat cantik persembahan yang mereka berikan kepada kami. 

RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
RESTORAN THE AME SOEUR BUKIT JALIL
Akhirnya termakbul juga patik buat suatu kenangan istimewa buat wife patik sempena sambutan hari lahir beliau yang lalu. Bagi korang yang ingin merasai menikmati hidangan dalam suasana serba mewah, korang boleh datang ke Restoran The Ame Soeur, Bukit Jalil.

THE AME SOEUR
N3A-1, Pusat Perdagangan Bandar, 
Jalan Persiaran Jalil 3, Bukit Jalil, 
57000 Kuala Lumpur

Telefon: 
03 2715 3285
017 823 3889


>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<







You Might Also Like

0 komen