TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

Tuesday, July 21, 2020

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA | Bila kerajaan telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak sektor perniagaan, perlancongan, pekerjaan telah dibuka secara berperingkat termasuklah industri perlancongan domestik. Kawasan-kawasan riadah juga telah dibuka dengan SOP yang harus diikuti.

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Patik dan keluarga adalah antara golongan yang sangat teruja bila sektor perlancongan telah dibuka kepada umum. Tempoh hari patik telah melawat ke Negeri Melaka [BACA DISINI], tapi kali ni patik nak kongsikan tips membawa anak kecil ke Zoo Negara dengan korang lawatan patik, isteri dan anak patik ke Zoo Negara

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

1. Datang Awal Pagi

Seawal jam 8 pagi patik telah bergerak ke Zoo Negara dengan harapan boleh masuk dengan awal dan menghabiskan lawatan ke semua ruang lokasi zoo.

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Bila sampai di lokasi, patik tidak sangka ramai pengunjung sudah mula beratur untuk membeli tiket masuk ke Zoo Negara. Untuk pengetahuan korang, bagi mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai hendaklah mengikutinya dengan bantuan pasukan RELA yang sangat-sangat membantu mengawal pergerakan. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Setiap pengunjuk hendaklah mengikuti tanda arahan yang disediakan bermula dari proses pembelian tiket sehinggalah korang dibenarkan masuk kedalam zoo. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Lebih kurang jam 9 pagi patik sekeluarga telah dibenarkan untuk masuk. Sebenarnya tujuan patik dan keluarga datang ke Zoo Negara ini adalah sebagai pengenalan kepada anak kami dan untuk mengisi masa cuti sekolah adik ipar patik yang akan masuk kesekolah semula dalam masa terdekat ni haaa. Ini juga adalah pengalaman pertama adik ipar patik datang ke Zoo Negara. 

2. Tunggu Petunjukan Haiwan

Untuk maklman korang, waktu pertunjukan haiwan adalah telah ditetapkan sebanyak 2 kali pada setiap hari iaitu pada jam 11 pagi dan jam 3 petang. Jadi patik cadangakan korang untuk datang dan tengok pada sebelah bagi kerana patik yakin korang tidak akan menunggu sehingga jam 3 petang untuk melihat pertunjukan haiwan di Zoo Negara Show Amphitheater. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Patik memilih untuk melihat pada jam 11 pagi dan sebelum masanya tiba, kami mengambil peluang melihat haiwan-haiwan lain yang terdapat berhampiran dengan lokasi pertunjukan seperti beburung, monyet dan lain-lain lagi. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Lebih kurang jam 10 pagi patik dan keluarga telah mengambil keputusan untuk masuk kedalam lokasi pertunjukan lebih awal atas sebab memikirkan dimusim PKPP ni mesti banyak arahan penjarakan yang mengambil masa agak lama. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Telahan patik memang betul kerana korang akan sedikit masa menunggu bantuan daripada kakitangan Zoo Negara untuk menyusun lokasi tempat duduk korang. Untuk makluman korang, kawasan pertunjukan mengamalkan penjarakan sosial yang ketat. Korang hanya boleh duduk mengikut nombor yang diberikan sahaja dan tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan nombor. 

Pertunjukan memakan masa dalam 30 minit dan haiwan yang ditontonkan adalah seperti persembahan anjing laut, ayam kampung, burung dan beberapa haiwan lain. Nampak bijak haiwan yang telah dilatih oleh jurulatih Zoo Negara itu. 

3. Bawa Makanan Sendiri

Selesai persembahan, kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan lawatan kami. Untuk makluman korang, Zoo Negara membenarkan korang datang membawa bersama makanan dan minuman sendiri dari luar. Kalau korang tidak membawa makanan, korang boleh membelinya didalam tetapi harganya sedikit tinggi berbanding diluar. Jadi untuk jimat, patik cadangkan korang bawa sendiri dari rumah. 


TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Ini adalah bekalan untuk lapik perut sepanjang berada didalam Zoo Negara. Korang jangan risau kerana dekat dalam Zoo Negara banyak lokasi pondok dan kerusi yang tersedia untuk korang berehant sebentar sebelum meneruskan perjalanan korang. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Bukan sahaja makanan patik sekeluarga yang kami sediakan, tetapi makanan untuk anak kecil juga tidak dilupakan sebab kalau kurang cukup bekalan, budak kecil ini akan meragam. Jadi sediakan bekalan air masak, kudapan dan makanan yang cukup sepanjang perjalanan. Bila rasa meragam jeee boleh sumbat kudapan agar tenang. Hehehe

4. Lawat Kandang Yang Berdekatan

Mood anak kecil tidak boleh dijangka. Kadang dia seronok kadang dia meragam. Jadi untuk memastikan semua kandang haiwan telah dilawati, patik cadangkan korang lawati kadang haiwan yang berdekatan dan mula bergerak lebih jauh mengikut keadaan mood anak korang. 


Macam patik cadangkan tadi, patik dan keluarga mengambil langkah selamat untuk berjalan kaki tanpa mengambil tram sebab nak melihat dengan lebih dekat dengan haiwan yang dipamerkan dan hanya melawat kandang yang berdekatan bergantung kepada mood si kecil. 

Bila dah berjalan kaki ni, korang kena bersedia dari segi fizikal dan mental yeee sebab cuaca juga memainkan peranan samada akan menentukan korang balik awal atau tidak. Hehehe. 

5. Jangan Lupa Melawat Panda

Bagi korang yang membeli tiket Zoo Negara, harga tiket adalah termasuk dengan lawatan ke kandang panda. Rugi pula korang dah beli mahal tetapi tidak meluangkan masa mengenali kehidupan panda yang sangat mewah yeee.

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Untuk sampai ke kandang panda ini, korang perlu mengikuti papan tanda dengan betul. Kalau tidak korang akan menjadi macam patik yang sedikit buang masa mencari sebab sudah sesat. Yaaa Zoo Negara adalah suatu kawasan yang sangat luas yeee. 

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Kebetulan masa kami tiba jam telah menunjukkan lebih kurang jam 12.30 tenghari, jadi ini adalah masa yang sangat sesuai bagi panda untuk tidur. Dengan suhu yang sangat selesa menjadikan habitat panda ini sangat sesuai untuk tidur rasanya. 

Kandang panda adalah satu-satunya kandang yang mempunyai pendingin hawa kerana habitat asalnya sememangnya pada suhu yang dingin. Kami sebagai pengunjung rasa sangat selesa tatkala memasuki ruang ini setelah berpeluh seharian. 

KESIMPULAN

Walaupun ramai yang memandang rendah kepada Zoo Negara sendiri, tetapi bagi  patik Zoo Negara ini sudah cukup bagus untuk aktiviti sekeluarga, terutama dengan anak kecil. Cumanya, beberapa  kawasan pameran seperti: 

  1. Akuarium perlulah diperbaiki dari sudut penyelenggaraannya supaya menjadi lebih baik dan menarik. 
  2. Meneroka tempat yang besar ini, kadang-kadang pengunjung boleh sesat dan hilang arah, walaupun dengan peta di tangan. Sebaiknya, pihak pengurusan boleh menambahbaik papan tanda dengan lebih banyak dan jelas pelan perjalanan yang terbaik untuk meneroka Zoo Negara lebih-lebih lagi mereka yang berjalan kaki.
  3. Jalan dalam zoo itu sendiri banyak yang tidak mesra stroller, seperti bertangga, jalan dibina tidak rata serta ada yang berlecak. Perkara ini mungkin akan menyukarkan ibu bapa yang membawa anak dengan stroller.

Bagi patik Zoo Negara ini memang tak cukup untuk kita teroka dalam masa 2-3 jam, tapi sebab anak sudah menunjukkan tanda meragam, patik dan wife mengambil keputusan untuk beransur lebih awal dan tidak melihat semua pameran haiwan. Tetapi, ianya memang salah satu destinasi wajib untuk mengisi masa anak-anak kecil.

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA
TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA 
Bagi korang yang ingin merasai pengalaman berada di Zoo Negara, ianya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk korang riadah bersama keluarga dan sahabat handai sambil mengenali lebih dekat haiwan yang mungkin tidak pernah kita kenali sebelum ini. 

You Might Also Like

0 komen