Posts

Showing posts from January 14, 2020

PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON

Image
PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON | Tempoh hari patik dan keluarga mertua patik telah bercadang ke Port Dickson dengan tujuan untuk lepak santai dengan keluarga besar yang lain. Jadi kalau dah ketempat orang, benda yang patik suka adalah mencari lokasi makan menarik disekitar Port Dickson .  Bila patik membuat carian di google, ramai yang kongsikan untuk datang ke PD Famous Cendol Coconnut Shake RM2 . Khabarnya korang boleh dapat menu semurah RM2 disana. Bila patik mencari lokasinya di aplikasi waze, yesss lokasinya tidak jauh dari tempat tinggal patik.  PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE RM2 LOKASI MENARIK DI PORT DICKSON Apa lagi patik, isteri dan ipar patik yang lain pun mula memandu mencari lokasi yang dimaksudkan. Lokasi yang bagi patik sangat strategik kerana ianya terletak betul-betul ditepi jalan. Korang yang menggunakan jalan ini sudah pasti akan nampak kemeriahan restoran ini menerima kedatangan korang.  PD FAMOUS CENDOL COCONUT