Posts

Showing posts from January 21, 2020

SEDAP KE NASI DI RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI?

Image
SEDAP KE NASI DI RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI? | Hari minggu yang lepas patik dan anak isteri patik sangat tepu duduk rumah. Dengan perangai anak yang sedikit meragam, jadi patik dan isteri bercadang untuk mencari angin luar jalan-jalan kemana saja tidak kira tempat. Nak jadi kisah patik teringin nak singgah makan tengahari memandangkan patik dan isteri belum lagi makan tenghari. Jadi kami memandu ke Salman Nasi Kandar yang berlokasi di Sungai Tangkas Kajang. Sesampai di Salman Nasi Kandar , ya Allah ramainya manusia yang masih beratur walaupun jam menunjukkan sudah 3 petang.   Kemudian patik bercadang untuk ke Nasi Kandar Melayu Apollo yang juga berada di Sungai Tangkas. Masa ni patik dah membayangkan keenakkan nasi dengan kuah kari yang banjir dan juga ayam goreng potong-potong yang panas. Malangnya Nasi Kandar Melayu Apollo sangat sesak dengan kumpulan kereta dan juga motor berkuasa besar.  RESTORAN 3 BUDAK GEMOK BANDAR BARU BANGI Patik mula buntu dek