Posts

Showing posts from February 26, 2020

HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK

Image
HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK |  Tempoh hari kebetulan mesyuarat patik habis agak awal dan masa makan tengahari pula sampai. jadi jom cari makan. Patik sempat singgah ke suatu tempat makan yang bagi patik agak unik yang berlokasi di MAEPS, Serdang. Siapa yang kaki kambing atau yang jenis suka makan menu berasaskan daging kambing mesti suka dengan lokasi yang bakal patik kongsikan sebentar lagi. House of Kambing Memasuki kawasan MAEPS, Serdang rupanya didalamnya tersimpan suatu 'permata' yang sangat bernilai bagi mereka yang gemar menu yang berasaskan daging kambing. Restoran   House of Kambing ini adalah lokasi yang patik nak kongsikan kepada korang.  Kambing belaan di House of Kambing Sebelum memasuki kawasan ruang makan, korang dihidangkan dengan pemandangan hijau berhadapan dengan Restoran House of Kambing ni haaa yang terdapat beberapa ekor kambing yang dibela untuk tujuan jualan. Patik tengok kambing-kambing ni mem